Telinga Wanita Jadi Pekak Sebelah Gara-gara Sering Tengok Drama Guna Earphone Hingga Larut Malam

Telinga Wanita Jadi Pekak Sebelah Gara-gara Sering Tengok Drama Guna Earphone Hingga Larut Malam. Seorang wanita berusia 28 tahun kini mengalami pekak sebelah telinga selepas memakai earphone dalam tempoh masa lama.sajagempak.com - Telinga Wanita Jadi Pekak Sebelah Gara-gara Sering Tengok Drama Guna Earphone Hingga Larut MalamMenurut Oriental Daily, wanita yang dikenali sebagai Xiao Jing dari Taiwan, mempunyai tabiat menonton drama kegemarannya setiap hari selepas pulang daripada kerja dengan memakai set earphone sehingga lewat malam.

Selepas sebulan, Xiao Jing mendapati sebelah daripada earphone miliknya tidak mengeluarkan bunyi dan beliau telah menukar set earphone baru, namun ia tetap tidak mengeluarkan bunyi pada sebelah bahagian.

Xiao Jing mulai sedar ia bukanlah kerana masalah earphone, lalu mendapatkan pemeriksaan di Hospital Luodong Bo-ai.

sajagempak.com - Telinga Wanita Jadi Pekak Sebelah Gara-gara Sering Tengok Drama Guna Earphone Hingga Larut Malam

Doktor yang merawat wanita ini mengesahkan sebelah telinganya pekak secara tiba-tiba atau lebih dikenali dengan sensorineural hearing loss (SSHL).

Tambah doktor lagi, mujur wanita ini mendapatkan pemeriksaan segera kerana jika terlewat, beliau akan pekak untuk selama-lamanya.

p/s: Tak salah kalau tengok drama, movie atau dengar lagu tapi pastikan jangan berterusan sampai tiada rehat langsung ya!

Sumber: Oriental Daily

Facebook Comments Box