Antara bukti seorang lelaki tu betul-betul jatuh cinta adalah dia sanggup melakukan apa sahaja demi pasangannya. Seperti yang berlaku di negara Senegal ini, seorang lelaki sanggup bertindak menyamar sebagai seorang wanita demi membantu kekasihnya menjawab kertas peperiksaan.
Lelaki yang dikenali sebagai Khadim Mboup, 22, penuntut Universiti Gaston Berger de Saint-Louis, Diourbel di Senegal memperbodohkan fakulti dan penyelia di dewan peperiksaan Baccalaureate, peperiksaan lulus sekolah tinggi dengan menyamar sebagai pelajar perempuan berusia 19 tahun dalam tempoh selama 3 hari.
Khadim Mboup memakai rambut palsu panjang yang sebahagian ditutup selendang tradisional, anting-anting,bra, gaundan juga makeup untuk kelihatan seperti teman wanitanya yang dikenali sebagai Gangué Dioum.
Hari pertama penyamarannya berjaya dan tiada orang yang perasan, tetapi pada hari kedua seorang pengawas peperiksaan mula mendapati sesuatu yang pelik pada Khadim dan mengesyaki identiti sebenarnya.
Curiga dengan identiti Khadim, akhirnya polis telah dipanggil ke dewan peperiksaan dan penyamaran Khadim akhirnya terbongkar bahawa dia sebenarnya lelaki dan bukan perempuan. Selain itu, tujuan penyamarannya juga telah terbongkar.
Khadim kemudian membawa pihak berkuasa kepada teman wanitanya yang menunggunya dengan tenang di sebuah bilik sewa di motel dan mereka berdua kemudiannya ditangkap.
“Saya bertindak kerana cinta, teman wanita saya mengalami kesukaran menguasai bahasa Inggeris,”
Khadim Mboup mengakui kesalahan yang dilakukannya, tetapi menegaskan dia melakukan semuanya demi cintanya terhadap Gangué Dioum.