Tengok Video Pasangan Berkahwin, Lelaki Terkejut Mendapati Pengantin Wanita Dalam Video Itu Ialah Isterinya

Seorang lelaki mendapat kejutan terbesar dalam hidupnya apabila melayari satu aplikasi video popular dan melihat satu video pendek pasangan berkahwin. Dia terkejut apabila melihat pengantin wanita dalam video berkenaan kelihatan tidak ubah seperti isterinya sendiri dan selepas melihatnya berkali-kali dia yakin bahawa wanita tersebut memang isterinya yang dikenali sebagai Nana.Tengok Video Pasangan Berkahwin, Lelaki Terkejut Mendapati Pengantin Wanita Dalam Video Itu Ialah Isterinya

Sebelum ini, lelaki yang dikenali sebagai Yin Cheng, 35 berkata dia berkenalan dengan isterinya, Nana melalui seorang pencari jodoh yang dikenali sebagai Li selepas didesak keluarga untuk berkahwin pada awal tahun dahulu.

Selepas itu mereka sering berhubungan dengan panggilan video dan akhirnya bersetuju untuk berkahwin.

Cheng tidak mengesyaki apa-apa apabila Nana meminta agar tidak melibatkan keluarganya dalam perkahwinan mereka atas sebab-sebab peribadi. Namun selepas 3 hari berkahwin, isterinya menyatakan hasrat mahu melawat keluarganya di kampung.

Tengok Video Pasangan Berkahwin, Lelaki Terkejut Mendapati Pengantin Wanita Dalam Video Itu Ialah Isterinya

Isterinya kembali semula selepas beberapa hari namun sejak itu, isterinya seringkali minta untuk pulang ke kampung hingga Chen mula merasakan macam ada sesuatu yang tidak kena.

Akhirnya segalanya terbongkar apabila satu hari ketika Cheng melayari satu aplikasi video popular, dia terlihat video pasangan berkahwin dan pengantin wanita itu kelihatan tidak ubah seperti isterinya.

Cheng pun segera menelefon isterinya namun panggilan tidak dijawab meskipun sudah cuba berkali-kali. Dia pun bergegas pergi ke kampung isterinya di Xixiaozhao untuk menyiasat dan akhirnya dia mendapat maklumat dari penduduk tempatan bahawa pengantin wanita itu sememangnya ialah Nana, isterinya.Tengok Video Pasangan Berkahwin, Lelaki Terkejut Mendapati Pengantin Wanita Dalam Video Itu Ialah Isterinya

 

Cheng yang kecewa dan marah kerana ditipu pun membuat laporan polis. Dari siasatan polis, Nana dan Li rupanya sebahagian daripada sindiket penipuan perkahwinan dan menyebabkan kerugian hampir RM1.3 juta kepada mangsa mereka. Setakat ini 5 orang sudah ditangkap oleh pihak polis.

Cheng kerugian lebih RM92 ribu manakala pengantin lelaki dalam video yang dilihat Cheng pula kerugian RM81 ribu.

Facebook Comments Box