Terbeliak Mata Pihak Penguatkuasa Ketika Menyedari 18 Orang Menaiki Satu Kereta

Pernahkah anda terfikir berapa ramai orang yang boleh dimuatkan dalam satu kereta yang punyai 5 tempat duduk?  Afrika Selatan memegang rekod untuk teksi yang paling ramai penumpang yang dimuatkan dalam sejarah.Terbeliak Mata Pihak Penguatkuasa Ketika Menyedari 18 Orang Menaiki Satu Kereta - sajagempak.com

Pemegang rekod adalah pada tahun 2009 di mana pemandu dari Khayelitsha di Cape Town berjaya membawa 112 penumpang dengan hanya menggunakan sebuah minivan yang hanya mempunyai tempat duduk maksimum sebanyak 26 penumpang sahaja.

Senario yang mengejutkan ini telah menjadi topik hangat di media sosial dan mendesak pihak berkuasa tempatan untuk menjadi lebih tegas dalam memastikan keselamatan orang ramai.

Walau bagaimanapun dengan amaran berkali-kali dari pihak penguatkuasa lalu lintas untuk menghentikan amalan ini, banyak pemandu di Afrika Selatan masih berani melanggar undang-undang.Terbeliak Mata Pihak Penguatkuasa Ketika Menyedari 18 Orang Menaiki Satu Kereta - sajagempak.com

Demikianlah juga pemandu ini, yang benar-benar cuba memampatkan 18 orang di dalam kereta yang hanya mempunyai 5 tempat duduk.

Pegawai Penguatkuasa yang bertugas telah melihat sebuah kereta yang mencurigakan dan meminta penumpang kereta tersebut untuk keluar. Kejutan pertama adalah terdapat 11 penumpang di bahagian tempat duduk belakang termasuk seorang wanita dan seorang anak dan lima orang lelaki dalam bahagian boot.

Persoalannya sekarang, bagaimana mereka berjaya menyembunyikan diri?Walaupun ia scenario yang kelihatan lucu tetapi pihak polis dijangka memanggil pemandu dan penumpang kerana mereka telah mempertaruhkan keselamatan masing-masing!Terbeliak Mata Pihak Penguatkuasa Ketika Menyedari 18 Orang Menaiki Satu Kereta - sajagempak.com

JP Smith, ahli jawatankuasa untuk bahagian keselamatan dan perkhidmatan sosial di Afrika Selatan telah menyifatkan kejadian seperti ini sebagai “benar-benar mengejutkan” dan tidak boleh diterima. Dalam sesi wawancara, beliau berkata:

 

“Walaupun saya memahami bahawa terdapat tekanan yang besar terhadap sistem pengangkutan awam dan bagaimana orang ramai bergantung kepadanya sebagai pengangkutan awam tetapi tidak ada alasan untuk tingkah laku ini. Terbeliak Mata Pihak Penguatkuasa Ketika Menyedari 18 Orang Menaiki Satu Kereta - sajagempak.com

Saya tidak sanggup memikirkan sekiranya kenderaan ini terlibat dalam kemalangan. Saya menyeru pemilik dan persatuan teksi menangani sikap dan masalah ini.”

VIDEO:

Kami masih lagi terfikir macam mana mereka masuk dalam kereta tu pada mulanya…

Kredit: Careta

Facebook Comments Box