Terima Panggilan Binatang ‘Buas’ Sembunyi Dalam Almari, BOMBA Terkedu Selepas Menangkap Binatang ‘Buas’ Tersebut.Seperti diketahui umum, tugas anggota bomba bukanlah mudah. Pelbagai cabaran harus dihadapi untuk memberikan bantuan kepada masyarakat yang memerlukan. Namun baru-baru ini tular dengan satu kisah yang mana ada individu panggil bomba kerana menyangkakan ada haiwan buas.
Menerusi perkongsian laman Facebook Bomba Alor Setar, balai bomba Alor Setar menerima panggilan binatang buas di dalam almari di Anak Bukit, Alor Setar pada jam 6.03 petang.
Difahamkan jentera Bomba, anggota, kelengkapan PPE serta alatan yang sepatutnya digerakkan ke lokasi kecemasan.
Namun setibanya di sana bunyi pelik yang disangkakan haiwan buas itu sebenarnya hanyalah seekor lalat.

Perkongsian mengenai bomba bantu tangkap lalat itu kemudiannya dikongsikan semula oleh 999 Malaysia dan telah meraih 6,800 retweets serta 5,300 likes.
Berikut adalah foto yang dikongsikan di laman Twitter tersebut:
Rata-rata netizen memberikan reaksi berbeza mengenai hal ini. Berikut antara pendapat yang ditinggalkan mereka di ruangan komen:
“Mungkin dia dengar bunyi lalat dalam almari tu dia ingat binatang buas..Tapi kan…lalat kalau berkumpul sepuluh ribu ekor pun bunyi langsung tak ganas…”
“Hahahah kalau korang nak tengok bomba handle kes macam ni boleh tengok YouTube ‘Celoreng Bomba’. Ada kes panggilan ular, last2 pergi katak je”
“Apapun pengorbanan anggota Bomba Malaysia antara yang terbaik…”
Terima kasih kepada angota-angota BOMBA yang tetap gigih melayan apa saja jenis kecemasan yang dilaporkan kepada mereka tanpa jemu meskipun kadang-kadang berhadapan dengan situasi seperti ini.
Sumber: 999Malaysia / Bomba Alor Setar