Terlupa Ambil Wang Dari Mesin ATM Dan Diambil Orang, Lelaki Bersyukur Dapat Balik Wangnya Semula Selepas Viral

Selalu kita dengar orang cakap, jangan terburu-buru buat kerja dengan cepat, nanti kita silap dan kerja tak cantik. Memang betul apabila kita mahu cepat melakukan sesuatu, memang akan ada kemungkinan kita tertinggal sesuatu benda dan Itulah keadaan yang dialami oleh seorang lelaki bernama Ishak Ibrahim ini.sajagempak.com - Terlupa Ambil Wang Dari Mesin ATM Dan Diambil Orang, Lelaki Bersyukur Dapat Balik Wangnya Semula Selepas Viral

Baru-baru ini tular mengenai seorang lelaki yang mahu mengeluarkan wang dari mesin ATM telah terlupa mengambil wang dari mesin ATM yang digunakannya. Kejadian tersebut berlaku di stesen minyak Petronas berhampiran pasar borong Selayang 14 Februari lalu mendapat perhatian netizen apabila rakaman kamera litar tertutup (CCTV) disebarkan untuk mengesan lelaki pengguna seterusnya yang mengambil wang tersebut.

Tindakan lelaki yang mengambil duit itu dikecam netizen malah memintanya memulangkan semula wang tersebut. Walaubagaimanapun, akhirnya lelaki ini berjaya memperoleh wangnya semula.

Alhamdulillah syukur. Allah sebaik baik pengatur. Semua yang berlaku hari ini merupakan satu pelajaran yang amat mahal.

Terimakasih kepada semua netizen, Siakap keli, OhBulan dan Instagram. Juga Petronas HQ, orang-orang perseorangan dan group FB dan Wasap. Wartawan China Press dan ramai lagi sungguh sungguh ambil berat dan begitu prihatin.

sajagempak.com - Terlupa Ambil Wang Dari Mesin ATM Dan Diambil Orang, Lelaki Bersyukur Dapat Balik Wangnya Semula Selepas Viral

Lihatlah kuasa viral mampu memecahkan kekusutan.Kuasa viral juga amat ditakuti. Sama ada kita terima yang baik-baik atau sebaliknya nauzubillah.

3 Learning point yang saya perolehi daripada kejadian ini ialah:

1.Lebih focus
Apa juga tugasan beri tumpuan sungguh-sungguh, sebesar mana pun masalah kita, letak tepi. Focus dan focus.

2.Berlapang dada memaafkan orang
Tidak berdendam,sentiasa bersangka baik.

3.Ramai orang diluar sana bersama dengan kita bila kita mahukan yang baik-baik. Walaupun tak kenal ada yang nak bantu bagi duit, ada yang suruh buat report polis bagai.

sajagempak.com - Terlupa Ambil Wang Dari Mesin ATM Dan Diambil Orang, Lelaki Bersyukur Dapat Balik Wangnya Semula Selepas Viral

Apapun terima kasih pada adik Danial (beliau mualaf dan memeluk Islam) kerana menyerahkan semula wang tersebut. Pihak majikan beliau mohon maaf. Berkali-kali beliau dan boss nya minta delete video yang tengah viral sekarang. Yang mendapat perhatian dan ditonton lebih 153k view.

Menurutnya lagi , kes berkenaan selesai selepas wang itu telah dikembalikan kepadanya.

Sumber: Ishak Ibrahim

Facebook Comments Box