Terperanjat Bunyi Kokokan Ayam Hutan Di Belakang Almari Rupanya Tedung Selar

KUALA NERANG – Seorang petani terkejut apabila mendapati seekor ular tedung selar berada di belakang almari di ruang tamu rumahnya di Kampung Dalam, Jalan Perik kira-kira jam 1 petang hari ini.sajagempak.com - Terperanjat Bunyi Kokokan Ayam Hutan Di Belakang Almari Rupanya Tedung Selar

Dua anggota Angkatan Pertahanan Awam menunjukkan ular tedung selar sepanjang enam meter dengan berat 12 kilogram yang ditangkap. – Gambar ihsan APMM

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Padang Terap, Leftenan (PA) Mohd Shukri Shuib berkata, petani tersebut, Hakimi Man pada awalnya menyangka bunyi tersebut datangnya daripada seekor ayam.

Menurutnya, pihaknya menerima laporan kejadian kira-kira jam 1.15 petang dari pemanggil tersebut dan pasukannya tiba di lokasi kira-kira jam 1.44 petang.

“Pemanggil terdengar sesuatu bunyi di belakang almari tersebut dan menyangkakan bunyi seekor ayam.

sajagempak.com - Terperanjat Bunyi Kokokan Ayam Hutan Di Belakang Almari Rupanya Tedung Selar

“Dia terus ke arah bunyi tersebut dan didapati seekor ular berada di belakang almari tersebut. Dia segera menelefon APM untuk mendapatkan bantuan, “katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Shukri berkata, anggotanya mengambil masa kira-kira 10 minit untuk menangkap ular tersebut.

“Panjang ular tedung selar itu kira-kira 16-17 kaki (6 meter) dan beratnya pula dianggarkan 15 kilogram,” katanya. – Sinar Harian

Facebook Comments