Terserempak Kucing Jalanan Yang Sakit, Ini Balasan Diperoleh Wanita Selepas Selamatkannya Meski Duit Hanya Tinggal RM40

Terserempak Kucing Jalanan Yang Sakit, Ini Balasan Diperoleh Wanita Selepas Selamatkannya Meskipun Duit Hanya Tinggal RM40. Assalamualaikum semua.. Thanks to admin kalau siarkan post aku ni. Aku nak kongsi beberapa kisah manis yang terjadi dalam hidup aku sepanjang bulan 8 ni. Kisah aku bermula bila kau selamatkan stray cat/ kucing jalanan untuk bawa ke klinik, nampak dia tak sihat dan aku tak sampai hati nak biarkan.

sajagempak.com - Terserempak Kucing Jalanan Yang Sakit, Ini Balasan Diperoleh Wanita Selepas Selamatkannya Meskipun Duit Hanya Tinggal RM40
GAMBAR HIASAN

Disebabkan waktu aku nak bawa kucing tu klinik haiwan kerajaan dah tutup sebab dah jam 8.00 malam, jadk option yang terlintas dalam kepala aku ialah bawa ke klinik swasta. Berdebar jugakla nak fikirkan berapala kos rawatan yang nak kena nanti, gaji lambat lagi, tengah hujung2 bulan ni baki dalam bank pun ada ngam2 RM200. Tapi aku tawakal bawa jugak.

Actually masa aku bawa kucing tu aku sendiri pun dalam keadaan tak sihat, demam baru nak kebah, tapi aku gagahkan jugak bawa moto, letak kucing dalam beg galas, rempit pi klinik. Lepas dapatkan rawatan + ubat, kos dia dalam RM160 lebih jugak. Aku tawakal terus bayar sebab aku memang niat nak kucing tu sembuh.

Balik tu aku suap ubat kat kucing, sambil aku cakap ngan dia.. Meow, kakak sebenarnya tak berapa ada duit, tapi takpela awak doa kakak murah rezeki, janji awak sihat.

Malam tu badan aku letih gila sebab masa balik dari klinik tu hujan pulak, mujur beg kucing tu kalis air, jadi aku jela basah lencun, baru nak lega demam dah jadi nak demam balik. Lepas mandi, solat, makan ubat aku terus tidur. Bangun esok tu, tengok2 ada whats app masuk, kawan aku bank in RM180, dia kata gunala dulu sementara nak gaji.

Masa tu aku pelik eh macam mana dia tau aku tengah pokai.. Allahu terkedu aku. Pagi tu memang aku start rasa lemah badan mungkin effect kena hujan semalam, aku gagahkan bangun, bagi kucing makan ubat then aku sambung baring.

sajagempak.com - Terserempak Kucing Jalanan Yang Sakit, Ini Balasan Diperoleh Wanita Selepas Selamatkannya Meskipun Duit Hanya Tinggal RM40
GAMBAR HIASAN

Sambil2 tu aku scroll fb, nampak ada org share resepi nasi ayam kfc.. Masa tu aku cakap dalam hati sedapnya kalau dapat makan, lama dah tak makan kfc..

Nak keluar beli memang aku tak larat, food panda, grab pun tak masuk kawasan aku. Ntah bila aku tak sedar aku terlena balik pastu dengar orang ketuk pintu. Rupanya jiran aku mai hantar kfc, guess what? Menu dia nasi ayam kfc sebijik macam aku teringin tadi.

Ya Allah sebaknya aku rasa. Jiran aku bagitau dia singgah kfc tadi pastu teringat kat aku, tu alang2 beli sekali.

Ok selang beberapa hari, kawan aku belanja makan western, jujurnya dah lama aku teringin nak makan, memandangkan harga dia sampai dekat RM40+ sekali makan, aku pendamkan.

sajagempak.com - Terserempak Kucing Jalanan Yang Sakit, Ini Balasan Diperoleh Wanita Selepas Selamatkannya Meskipun Duit Hanya Tinggal RM40
GAMBAR HIASAN

Duit yang aku nak asal guna nak makan tempat hipster tu aku gunakan untuk beli makanan kucing. Aku balik ja keja aku singgah pasar bagi makan kucing kat situ dan mana2 kucing jalanan aku jumpa.

See, Allah ganti balik semua yang aku teringin dengan cara tak disangka2.

Banyak lagi pengalaman manis keajaiban sedekah yang buat aku rasa sangat takjub dengan kekuasaan dan kasih sayang Allah.

So pesanan aku, jangan kedekut kongsi rezeki dengan makhluk yang kesusahan, insyaaAllah berkat rezeki korang dan dilapangkan rezeki. –

Kredti: iiumc.com

Facebook Comments