Satu hantaran di facebook memaparkan perbualan antara seorang pelajar dan gurunya menjadi tular dan mengundang pelbagai reaksi daripada orang ramai.
Screenshoot perbualan antara pelajar dan gurunya itu adalah mengenai tugasan sekolah yang dihantar oleh pelajar tersebut melalui WhatsApp. Tidak dinafikan pada masa sekarang, aplikasi media sosial seperti WhatsApp memang digunakan dengan meluas sebagai medium perhubungan antara guru dan pelajar.
Namun isi perbualan mereka membuatkan ramai geram dengan cikgu tersebut apabila menggunakan ayat-ayat yang seperti menghina pelajarnya.
“Kamu tak ada kertas kajang ke. Ingat ini sekolah tadika ke, kenapa tidak jawab semua soalan,” kata guru tersebut.
Pelajar tersebut yang dikenali sebagai Mohd. Razlan pula membalas seperti berikut “tiada cikgu, ada yang saya tidak tahu,”
“Kenapa miskin sangat..” balas cikgu tersebut kepada pelajarnya. Namun kata-kata sedemikian kepada pelajar yang miskin sangatlah tidak wajar dan seakan menghinanya dan tidak sepatutnya disebut oleh sesiapa, lagi-lagi oleh seorang insan yang bergelar guru.
Pelajarnya bagaimanapun membalas kata-kata cikgunya “cikgu saya minta maaf la, saya tahu saya miskin tapi jangan la sampai hina saya begitu..”
Screenshoot perbualan antara guru dan pelajarnya ini dimuat naik oleh seorang pengguna yang dikenali sebagai Kerepok Lekor Jeli dan mengundang pelbagai pendapat netizen. Rata-ratanya tidak bersetuju dengan pendekatan yang digunakan oleh cikgu tersebut terhadap pelajarnya lebih-lebih lagi mengeluarkan kata-kata yang boleh menyinggung perasaan pelajarnya.
Antara komen-komen netizen:
“Miskin kaya tak penting..”
“Siapa cikgu ni, teringin nak tahu.. “
“Kenapa sombong sangat, jangan sampai menghina. Susah orang tidak sama,”
Sedihnya, sekurangnya adik ni dah berusaha bersungguh-sungguh..
Walaubagaimanapun, tidak dapat dipastikan dengan jelas sekolah apa dan dimana pelajar dan guru dalam perbualan tersebut. Tidak kisah apapun pangkat dan status kita dalam masyarakat, sentiasalah jaga adap dan slaing hormat-menghormati satu sama lain.
Kredit: Keropok Lekor Jeli