Tiga Hari Tak Tidur Selepas Melihat UFO Di Sebuah Vila Ketika Melancong

Gara-gara teruja melihat satu objek yang didakwanya objek terbang tidak dikenal pasti (UFO), seorang model terkenal dari Argentina yang dikenali sebagai Nicole Neumann mengaku tidak dapat tidur selama 3 hari.Tiga Hari Tak Tidur Selepas Melihat UFO Di Sebuah Vila Ketika Melancong

Kejadian luar biasa itu dikatakan berlaku ketika dia dan rakan-rakannya melancong bersama anak dan rakan-rakannya pada hujung tahun lepas;

Nicole Neumann menceritakan pengalaman luar biasanya itu itu sewaktu tampil dalam sebuah program televisyen di negara Argentina.

“Kami sedang memasak pada suatu malam dan pemilik vila datang serta bertanya pada kami sama ada pernah melihat UFO atau tidak. Pemilik vila itu bertanya kepada kami: Apakah anda mahu melihatnya?

Tiga Hari Tak Tidur Selepas Melihat UFO Di Sebuah Vila Ketika Melancong
Foto Hiasan

“Kami keluar dari rumah dan UFO ada di belakang rumah,” ujarnya.

Menurut Nicole Neumann, dia yakin bahawa objek yang dilihatnya ketika itu adalah UFO dan bukannya dron atau pesawat.

Neumann turut mendakwa melihat objek itu secara jelas kerana UFO itu tidak terbang terlalu tinggi dan berbentuk aneh.

Pemilik vila memberitahu mereka bahawa diirinya sudah beberpaa kali menyaksikan kelibat UFO di tempat berkenaan.

Tiga Hari Tak Tidur Selepas Melihat UFO Di Sebuah Vila Ketika Melancong

“Kami menaiki kereta dan ikut UFO itu terbang sampai hujung ladang tanaman. Dari situ, UFO itu terbang di sebalik pokok,” tambahnya lagi.

Nicole Neumann mendakwa pengalaman melihat objek terbang tidak dikenal pasti (UFO) merupakan sesuatu yang sangat istimewa dan dirinya sangat teruja saat menyaksikannya di depan mata sendiri.

Sumber: Detik

Facebook Comments Box