Tiga Jam Berdiri, Namun Tiada Siapa Yang Sudi Tumpangkan Mereka

Tiga jam Berdiri, Namun Tiada Siapa Yang Sudi Tumpangkan Mereka…Assalamualaikum. Hari ini nak kongsi sikit pengalaman cipta kawan baru dengan omputih ini. Walaupun saya ada kawan omputih yang lain, tetapi yang ini pelik sikit.sajagempak.com - Tiga Jam Berdiri, Namun Tiada Siapa Yang Sudi Tumpangkan Mereka

Serious! Baru saja kenal masa turun Cameron Highlands tempoh hari. Dia nak tumpang ke Ipoh sebab sampai ke Ipoh, mereka nak buat cara yang sama untuk ke Pulau Pinang pula.

Allah, kasihannya. Tapi saya nak balik ke Kuala. Alang-alang saya bawalah mereka sampai ke Kuala sebabnya, dia pun dah beritahu nak ke Pulau Pinang. Dari Kuala Kangsar ke Pulau Pinang, dekat sikitlah. Cara mereka tahan kita, senang saja. Tulis saja atas kotak ke mana arah mereka nak pergi.

Mereka layang-layangkan di tepi jalan sambil menahan sesiapa yang sudi/boleh menumpangkan mereka. Tapi dengar cerita dia semasa dalam perjalanan, dah dekat 3 jam mereka duduk berdiri di Tanah Rata. Haram seorang pun nak tumpangkan mereka. “Allah, Malaysian… Malaysian..”

Saya bawa sajalah. Nak kata baik, tak juga tapi sifat atas sifat kemanusiaan yang masih ada dalam diri ini. Kita tumpangkan mereka saja. Dibuatnya pula kita macam dah kenal lama. Menyembang tak henti-henti. Orang sebelah diam saja, menung saja. Hahaha! Sembang punya sembang, macam-macam cerita keluar.

sajagempak.com - Tiga Jam Berdiri, Namun Tiada Siapa Yang Sudi Tumpangkan Mereka

Sampailah saya bawa mereka singgah di rumah saya untuk makan tengah hari. Tapi sebelum sampai ke rumah, saya telefon dulu kakak saya, siap masak. Tapi mak saya saja melampau, sampai disajinya omputih ini sambal macang dengan gulai tauchu. Hahaha! Mak.. mak. Kakak saya sempat buat kek untuk dihidangkan pada mereka.

Dah bagi makan, tak reti nak berhenti pula. Lapar betul mereka berdua ini. Licing sambal macang mak. Sedap sangat kata mereka.

Disebabkan mereka duduk singgah makan di rumah kampung orang Melayu, saya haramkan awal-awal lagi sudu dan garfu. Tapi mereka sangat bahagia dengan cara kita. Saya suruh mereka makan guna tangan. Nahh! Dua-dua tangan digaulnya nasi. Hahaha! Hidangan terakhir, pau mail! 6 biji mereka berdua saja yang habiskan.

Ya rabbi, buruk lantok! bak kata orang Perak. Hahaha! Tapi ada satu benda yang saya nak kongsikan di sini iaitu, pemikiran anak muda ini sangat hebat, sangat berjiwa besar, sangat matang melebihi usia mereka. Perjalanan meniti usia mereka di saat berumur 34 tahun ini, sangat hebat. Mengenal negara luar, mengenal dunia milik Allah ini.

sajagempak.com - Tiga Jam Berdiri, Namun Tiada Siapa Yang Sudi Tumpangkan Mereka

Salah satu impian saya yang sudah dibeli oleh omputih ini. Bagi kita sebagai Melayu Islam ini, bahkan dalam Islam juga mengajak kita mengenal alam melalui Islam, agama kita. Tadabur Alam. Imam As Shafie pun menggalakkan kita meninggalkan kampung halaman untuk berhijrah walau ia sekadar ada.

Merantaulah…
Orang yang berilmu dan beradab tidak diam beristirehat di kampung halaman. Tinggalkan negerimu dan hidup asing (di negeri orang).
Merantaulah…
Kau akan dapatkan pengganti dari orang-orang yang engkau tinggalkan (kerabat dan kawan). Berlelah-lelahlah, manisnya hidup terasa setelah lelah berjuang.
Sumber: Diwan al-Imam asy-Syafi’i. Cet. Syurkah al-Arqam bin Abi al-Arqam. Beirut. Hal. 39.

Sikit saya sediakan petikan puisi ini. Share dari Google sahaja petikan puisi ini sebab saya pun dari dulu ambil inspirasi dari puisi ini untuk keluar berhijrah. Hijrah dari pelbagai perkara, bahkan acuan sebenar dalam agama. Dan mereka ini sangat menghormati sesiapa sahaja.

Gaya perbualan, corak perkenalan sangat membezakan mereka dari negara asal mereka sendiri. Jadi, saya berbangga mengenali dua insan ini. Patrick dan Colleen ini berasal dari California. Sudah merantau hampir 20 buah negara. Bapa Patrick adalah hos TV di San Francisco.

Kawan-kawan mereka ini set-set artis, DJ-DJ kelab ternama. Kawan mereka, lantak merekalah bab itu. Yang penting, budayakan adab kita sebagai Malaysian, apa lagi yang Melayu. Semangat mereka juga tidak pernah luntur. Sangat penting berjuang untuk hidup, kata mereka.

sajagempak.com - Tiga Jam Berdiri, Namun Tiada Siapa Yang Sudi Tumpangkan Mereka sajagempak.com - Tiga Jam Berdiri, Namun Tiada Siapa Yang Sudi Tumpangkan Mereka

Satu perkara yang saya tanya pada mereka iaitu apakah pekerjaan mereka? Tahu apa mereka jawab?”Kerja tak penting, impian lagi penting,” katanya. And strictly at that moment, I realize my philosophy, “Make your dreams beyond your weakness” and immediately they agreed at all! Yeahh!

Sumber: Annas Ismail

Facebook Comments Box