Tikus Gergasi Ditemui Di Terowong Bawah Tanah, Jadi Punca Banjir

Sekumpulan pekerja menemui tikus gergasi semasa membersihkan saliran bawah tanah di kota itu. Tikus itu ditemui terperangkap di dalam terowong bawah tanah sejak beberapa tahun lalu.sajagempak.com - Tikus Gergasi Ditemui Di Terowong Bawah Tanah, Jadi Punca Banjir

Menurut laporan media, ‘tikus gergasi’ tiruan itu telah ditemui bersama kira-kira 20 tan sampah lain yang menyumbat sistem perparitan di Magdalena Contreras dan menyebabkan banjir di kawasan berkenaan.

Banjir yang dipercayai berpunca daripada kegagalan sistem saliran dan hujan lebat itu dilaporkan telah mengorbankan seorang wanita berusia 54 tahun.

Kumpulan pekerja itu membersihkan 22 tan sampah-sarap terkejut melihat tikus gergasi yang mempunyai saiz dua kali ganda berbanding manusia biasa itu duduk di dalam terowong terbabit.

sajagempak.com - Tikus Gergasi Ditemui Di Terowong Bawah Tanah, Jadi Punca Banjir

Replika itu terperangkap di dalam sistem saliran dan menunggu untuk dikeluarkan. Orang ramai yang melihat “tikus gergasi “ itu memberitahu bentuknya yang menyerupai tikus asli itu boleh menyebabkan mereka berlari ketakutan jika menemuinya di jalanan.

Setelah diamati rupa-rupanya ia replika tikus yang dihasilkan untuk meraikan Halloween. Ia dikatakan disimpan di dalam stor, tetapi hanyut ketika Mexico dilanda ribut satu ketika dahulu.

sajagempak.com - Tikus Gergasi Ditemui Di Terowong Bawah Tanah, Jadi Punca Banjir

Seorang wanita yang dikenali sebagai Evelin López mengaku pemilik replika tersebut. Menurutnya beberapa tahun lalu, dia mengumpul pelbagai material untuk menghasilkan replika tersebut untuk sambutan Halloween, namun ia hilang semasa hujan lebat.

Facebook Comments Box