“Tolong, Anak Saya Dalam Tong Sampah..” – Ibu Kucing Merayu Selamatkan Anaknya. Kucing merupakan antara haiwan yang menjadi peliharaan sesetengah individu di rumah. Sifat manja dan tidak takut dengan manusia membuatkan haiwan comel ini disenangi tinggal dalam persekitaran orang awam.
Namun, bukan semua kucing bernasib baik dijaga dan disayangi serta tinggal di tempat yang selesa. Ada sesetengah individu bersikap kejam dengan membuang sahaja haiwan tersebut apabila mulai tidak menyenangi kehadiran mereka di rumah.
Menerusi satu perkongsian daripada laman Facebook HOPE iaitu satu organisasi bukan kerajaan yang menyelamatkan haiwan-haiwan terbiar telah memuat naik gambar-gambar pilu seekor ibu kucing dan anak-anaknya.
Ibu kucing itu ditemui oleh seorang pemuda semasa Tahun Baru Cina dan haiwan tersebut seakan meminta tolong menyelamatkan anak-anaknya yang berada dalam tong sampah.
Ibu kucing seperti ‘merayu’ tolong selamatkan anaknya
Pemuda itu menyelongkar tong sampah untuk mencari.
Pemuda tersebut tanpa berlengah telah menuang sampah-sarap didalam tong tersebut keluar dan ternyata terdapat dua ekor anak kucing yang masih bertali pusat dalam nya.
Ada dua ekor anak kucing baru lahir
Kucing-kucing tu dah selamat
Tanpa berlengah dia terus mendapatkan anak-anak kucing itu dan merawatnya serta menempatkan kucing tersebut di tempat yang lebih selesa.
Semoga makin ramai ada kasih sayang terhadap haiwan macam pemuda ini
Oleh hal yang demikian, perkongsian yang dibuat oleh lelaki tersebut telah mendapat maklum balas yang positif oleh warganet. Rata-rata daripada mereka mengucapkan terima kasih kepada pemuda itu dan berharap agar kebaikan yang ditunjukkan akan dibalas suatu hari nanti.
Terima kasih selamatkan anak kucing
Semoga masih ada ramai lagi seperti abang ini.
Sumber: OMM, HOPE