Tompokan Darah Ditemui Di Ruangan ATM Dua Buah Bank, Polis Siasat Dan Ketahui Puncanya

Penduduk di Jertih digemparkan dengan tersebarnya gambar sebuah ATM di Bandar Jertih yang memaparkan tompokan darah di atas lantai hingga buatkan ramai panik.Tompokan Darah Ditemui Di Ruangan ATM Dua Buah Bank, Polis Siasat Dan Ketahui Puncanya

Sebaik sahaja mengetahui mengenai berita berkenaan, sepasukan pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut dikerahkan ke lokasi untuk melakukan siasatan.

Kejadian itu membuatkan ramai panik kerana menyangka rompakan atau sesuatu yang buruk telah berlaku di ATM terbabit.

Menurut Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Abdul Rozak Muhammad, tiada ada sebarang laporan rasmi diterima mengenai kejadian tersebut dan mereka juga mendapati ianya bukanlah satu rompakan seperti yang disangkakan ramai orang.

Tompokan Darah Ditemui Di Ruangan ATM Dua Buah Bank, Polis Siasat Dan Ketahui Puncanya

Siasatan awal polis mendapati memang terdapat beberapa tompok darah di ruangan bank berkenaan, namun tiada sebarang saksi yang ada melihat kejadian jenayah berlaku di situ.

Menurut Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Abdul Rozak Muhammad lagi, semakan juga telah dilakukan keatas kamera rakaman CCTV di bank berkenaan dan mendapati seorang lelaki warga emas tempatan berusia 61 tahun telah memasuki ke dalam kedua-dua bank berkenaan.

“Warga emas terbabit dilihat melakukan transaksi di mesin ATM di bank berkenaan. Ketika lelaki itu beredar didapati ada tompokan darah di kakinya.

Tompokan Darah Ditemui Di Ruangan ATM Dua Buah Bank, Polis Siasat Dan Ketahui Puncanya

“Hasil rakaman itu, dipercayai lelaki berkenaan mengalami kecederaan sebelum memasuki bank.

“Difahamkan dia mengalami luka terkena tunjang tempat untuk ikat tali lembu dan tidak pergi membuat rawatan sebelum ke bank,” katanya.

Oleh itu pihak polis menafikan kononnya ada kejadian rompakan di kedua-dua bank berkenaan. Ketua Polis Daerah Besut juga menasihatkan orang ramai agar jangan sewenang-wenang menyebarkan berita yang tidak tahu kesahihannya hingga boleh menimbulkan keresahan masyarakat.

Kredit: Harian Metro

 

Facebook Comments Box