Tuah Mulut Besar, Dapat RM60,000 Lebih Untuk Satu Video

Washington: Mulut besar jadi modal buat duit. Itu kelebihan seorang wanita yang mendakwa mempunyai mulut paling besar di dunia untuk menjana pendapatan.sajagempak.com - Tuah Mulut Besar, Dapat RM60,000 Lebih Untuk Satu Video

Mendedahkan perkara itu di TikTok, Samantha Ramsdell memaklumkan dia menerima AS$15,000 (kira-kira RM62,000) untuk setiap video yang dimuat naik di aplikasi itu.

Katanya dengan teknologi istimewa yang ada pada aplikasi itu, ia menjadikannya mudah menjana pendapatan.

GulfNews melaporkan, wanita berusia 30 tahun dari Connecticut itu turut mempunyai pengikut seramai 740,000 sepanjang penularan wabak Covid-19 ini.

sajagempak.com - Tuah Mulut Besar, Dapat RM60,000 Lebih Untuk Satu Video

Walaupun dia bimbang wabak pandemik itu akan menjejaskan kariernya sebagai bintang komedi, dia memberikan pengiktirafan kepada TikTok, yang menjadikan dirinya sebagai selebriti sensasi internet.

“Ia kedengarannya seperti tidak banyak, tetapi ada video saya ditonton lebih 50 juta tontonan,” katanya.

Samantha bermula dengan video nyanyian dan lakonan untuk meningkatkan keyakinan dan menunjukkan kemahirannya secara atas talian.

sajagempak.com - Tuah Mulut Besar, Dapat RM60,000 Lebih Untuk Satu Video

Kemudian, dia menyedari mulutnya lebih mencuri perhatian.

“Kehilangan lebih 50 paun (kira-kira 22.6 kilogram) dua tahun lalu menyebabkan saya kembali yakin.

“Saya mengikuti kelas nyanyian, dan memuat naik video itu di Instagram,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Facebook Comments