Tupai Sumbat 148kg Kacang Dalam Enjin, Rupanya Sudah Lapan Tahun Bikin Pemilik Kereta Pening Kepala

Setiap haiwan mempunyai ciri-ciri dan sifat yang berbeza dan biasanya sukar difahami oleh orang biasa. Antara haiwan yang paling sering bertembung dengan manusia ialah tupai memang biasa ditemui hampir dimana-mana tempat selalunya di atas pokok.Tupai Sumbat 148kg Kacang Dalam Enjin, Rupanya Sudah Lapan Tahun Bikin Pemilik Kereta Pening Kepala - sajagempak.com

Jika haiwan peliharaan seperti kucing dan anjing suka cari pasal dengan tuan mereka, berbeza pula dengan haiwan-haiwan lain yang biasanya akan suka mengelak dan menjauhkan diri dari manusia yang tidak dikenali mereka.

Namun tidak semua haiwan sedemikian, contohnya kisah yang berlaku kepada seorang lelaki berusia 56 tahun yang dikenali sebagai Bill Fisher di Fargo, North Dakota, Amerika Syarikat.Tupai Sumbat 148kg Kacang Dalam Enjin, Rupanya Sudah Lapan Tahun Bikin Pemilik Kereta Pening Kepala - sajagempak.com

Selama 8 tahun, lelaki ini menghadapi masalah dan ‘berperang’ dengan tupai merah yang suka menyumbat kacang ke dalam ruangan enjin trak pikap miliknya. Bahkah tupai itu juga turut menyumbat kacang ke dalam pintu, rim tayar dan belakang bampar trak.

Meskipun sudah cuba pelbagai cara, namun tupai itu masih lagi tidak menghentikan tabiatnya hingga menyebabkan lelaki ini pening kepala dan terpaksa menghabiskan masa beberapa jam untuk membuang kesemua kacang yang disumbat haiwan itu.

Tupai Sumbat 148kg Kacang Dalam Enjin, Rupanya Sudah Lapan Tahun Bikin Pemilik Kereta Pening Kepala - sajagempak.com

Menurut lelaki ini, perkara itu dilakukan oleh tupai berkenaan setiap tahun pada musim luruh sebagai persediaannya untuk menghadapi musim sejuk.

Bahkah pada tahun ini tupai berkenaan mencipta rekod apabila menyumbat 148kg kacang ke dalam trak Fisher hingga dia memerlukan 7 bakul untuk mengutip kesemua kacang tersebut.

Sudah pelbagai cara dilakukannya termasuk menyembur campuran Tabasco dan Cayenne Pepper agar tupai itu tidak menjadikan traknya sebagai tempat penyimpanan kacang termasuk namun semuanya tidak berhasil dan tupai itu tetap berdegil mahu menggunakan trak tersebut.Tupai Sumbat 148kg Kacang Dalam Enjin, Rupanya Sudah Lapan Tahun Bikin Pemilik Kereta Pening Kepala - sajagempak.com

“Saya dah ‘berperang’ dengan tupai ni sejak tahun 2013 lagi. Dah macam rutin pula, tupai tu akan penuhkan kereta saya dengan kacang dan saya akan buangnya,” kata Fisher

Memurut laporan Metro, Fisher juga pernah rasa bersalah kerana terpaksa merosakkan usaha tupai tersebut tetapi kini dia harus membuka bahagian traknya hanya untuk memastikan tiada lagi kacang yang tertinggal dan kesemuanya sudah dikeluarkan.

Facebook Comments Box