Ular Besar Melingkar Atas Kabel Elektrik Di Pasar, Makin Mencemaskan Apabila Ular Itu Jatuh Ke Bawah

Sebut sahaja ular, mesti ramai antara kita yang meremang bulu roma kerana takut dengan haiwan ini meskipun pada hakikatnya bukan semua ular yang boleh membahayakan manusia.Ular Besar Melingkar Atas Kabel Elektrik Di Pasar, Makin Mencemaskan Apabila Ular Itu Jatuh Ke Bawah. - sajagempak.com

Ular boleh didapati hampir di kesemua tempat, malah kita juga sering mendengar atau membaca kes ular menceroboh masuk ke dalam rumah, bukan sahaja di negara kita tetapi juga di luar negara.

Baru-baru ini tular satu video memaparkan seekor ular besar yang melingkar di atas kabel elektrik berdekatan dengan Pasar Cogon di Filipina.Ular Besar Melingkar Atas Kabel Elektrik Di Pasar, Makin Mencemaskan Apabila Ular Itu Jatuh Ke Bawah. - sajagempak.com

Dalam video yang dikongsikan, ular itu kelihatan melingkar dan bergayut diatas kabel elektrik sambil diperhatikan orang ramai yang rasa cemas dan menjerit di bawahnya.

Kelihatan beberapa orang mengambil kesempatan itu untuk mengambil gambar dan video kejadian luar biasa itu.

Ular Besar Melingkar Atas Kabel Elektrik Di Pasar, Makin Mencemaskan Apabila Ular Itu Jatuh Ke Bawah. - sajagempak.com
Keadaan makin mencemaskan apabila ular itu tiba-tiba jatuh ke bawah

Apa yang lagi mencemaskan ialah ular itu kemudiannya tiba-tiba jatuh ke bawah dan menyebabkan orang ramai menjerit cemas dan keadaan menjadi huru-hara. Rakaman video ini juga terhenti kerana si perakamnya turut terkesan.

Walaubagaimanapun, di ruangan komen, si perakam video memberitahu apa yang berlaku kemudiannya.

Ular Besar Melingkar Atas Kabel Elektrik Di Pasar, Makin Mencemaskan Apabila Ular Itu Jatuh Ke Bawah. - sajagempak.com

Menurutnya, selepas ular yang dipercayai ular sawa itu jatuh ke bawah, ular itu kemudiannya berjaya ditangkap tanpa ada apa-apa kejadian yang tidak diingini berlaku.

VIDEO:

Tambahnya lagi, ular itu kemudiannya telah dilepaskan ke kawasan gua yang berdekatan.

Facebook Comments Box