Ular Gergasi Anakonda Hijau Ditemui Menyusur Di Kawasan Berhampiran Perumahan

Satu video tular memaparkan seekor ular bersaiz gergasi dipercayai spesies Anaconda telah mencuri perhatian orang ramai. Video yang dimuatnaik oleh pengguna TikTok @gabrito4, itu dipercayai diambil tidak jauh dari kawasan perumahan di Brazil.Ular Gergasi Anakonda Hijau Ditemui Menyusur Di Kawasan Berhampiran Perumahan

Menerusi video yang dikongsikannya, ular besar yang dipercayai Anaconda itu dilihat sedang menyusur perlahan-lahan berdekatan longkang dan menuju ke kawasan aliran air.

Rata-rata netizen terkejut dan ngeri melihat saiz luar biasa ular tersebut.

“Kenapa orang-orang situ tenang aje, apa ini perkara biasa buat mereka?”

“Penduduk disitu tidak takutkan dengan ular-ular besar sebegitu? Kalau aku terus pindah aje ke tempat lain.”

“Apakah ini benar, Memang ada ular sebesar itu di dunia ini?”Ular Gergasi Anakonda Hijau Ditemui Menyusur Di Kawasan Berhampiran Perumahan

Di penghujung rakaman video tersebut, beberapa orang penduduk dilihat seakan-akan tenang sahaja malah mereka turut datang melihat ular Anaconda itu dari jarak yang agak dekat. Kemungkinan besar, ini bukanlah kali pertama mereka melihat kehadiran ular Anaconda di kawasan berdekatan tempat tinggal merekaUlar Gergasi Anakonda Hijau Ditemui Menyusur Di Kawasan Berhampiran Perumahan

Sejak video ini dimuatnaik ke Tiktok, ianya telah mencecah jutaan tontonan dalam masa beberapa hari sahaja! Ular gergasi tersebut akhirnya dikenalpasti merupakan ular green anaconda (Eunectes murinus) iaitu merupakan spesis ular yang terbesar dan terberat di dunia ini!

VIDEO:

Negara Brazil sememangnya merupakan antara negara yang kerap dilaporkan penemuan ular-ular anaconda bersaiz besar.

 

Facebook Comments Box