Ular King Cobra Ditemui Bawah Sofa Rumah

Seorang lelaki berusia 40an berdepan dengan detik-detik mencemaskan apabila ternampak kelibat ekor ular yang dilihatnya di bawah sofa ketika sedang berehat sambil menonton televisyen di rumahnya yang terletak di Kuarters JPS, Ulu Bendu.Ular King Cobra Ditemui Bawah Sofa Rumah

Lelaki itu kemudiannya menyedari seekor ular king cobra yang dianggarkan seberat 7kg telah menceroboh masuk ke rumahnya! Dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 12 tengah hari itu, lelaki ini boleh dikira bernasib baik kerana menyedari kehadiran awal ular tedung selar berkenaan dan segera mendapatkan bantuan.

Menurut Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Pilah, Leftenan (PA) Mohamad Ghazali Abd Rahim, pihak mereka telah menerima panggilan operasi khas haiwan berbisa jam 12.20 tengah hari.Ular King Cobra Ditemui Bawah Sofa Rumah

“Seramai empat anggota APM dari Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Kuala Pilah ke lokasi iaitu rumah di Kuarters JPS bagi kes menangkap ular.

“Lelaki berusia 40 tahun itu menyedari kehadiran ular itu ketika sedang menonton televisyen lalu ternampak pergerakan ekor ular menyusuri ke bawah sofa,” tambahnya lagi.

Ular King Cobra Ditemui Bawah Sofa Rumah

Setibanya di rumah pengadu, pasukan APM segera mengambil tindakan untuk mencari dan menangkap ular tedung selar di dalam rumah dan akhirnya ular tedung selar atau juga dikenali sebagai King Cobra itu berjaya ditangkap dalam masa beberapa minit sahaja dengan menggunakan alatan penjerut.

Ular King Cobra Ditemui Bawah Sofa Rumah

Ular tedung selar sepanjang 5 meter yang mempunyai bisa tahap tinggi itu dibawa ke PKOD Kuala Pilah sebelum diserahkan kepada pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan selanjutnya.Ular King Cobra Ditemui Bawah Sofa Rumah

“Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dengan ancaman bahaya atau bencana dan diminta untuk segera menghubungi talian kecemasan 999 untuk mendapatkan bantuan,” ujar Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Pilah, Leftenan (PA) Mohamad Ghazali Abd Rahim.

Foto Kredit: APM Kuala Pilah

Facebook Comments Box