Ular Sawa Batik Seberat 100kg Ditemui Pekerja Di Kawasan Pembinaan Jalan

Tular satu video berdurasi 74 saat memaparkan seekor ular sawa yang bersaiz luar biasa besar ditemui di Jalan Kubu Gajah dekat Selama, Larut, Perak. Ular Sawa Batik Seberat 100kg Ditemui Pekerja Di Kawasan Pembinaan Jalan - sajagempak.com

Penemuan tersebut telah mengejutkan orang ramai yang rata-rata terperanjat melihat saiz ular sawa batik itu yang didakwa bersaiz ‘anakonda’. Ular sawa yang dianggarkan mempunyai berat lebih 100kg itu dijumpai oleh seorang lelaki yang ketika itu sedang menjalankan kerja-kerja pembersihan di kawasan berkenaan menggunakan mesin excavator.

Panggilan kecemasan kepada pihak Bomba dibuat pada jam 12.11 tengah hari dan menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selama, Mohd. Nor Khairi Johari, satu pasukan yang terdiri daripada 8 anggota segera dikejarkan ke lokasi kejadian. Ular Sawa Batik Seberat 100kg Ditemui Pekerja Di Kawasan Pembinaan Jalan - sajagempak.com

Sebaik sahaja tiba di lokasi, mereka mendapati terdapat kehadiran seekor ular sawa yang dianggarkan sepanjang lebih kurang 5 meter.

“Kawasan ini merupakan tanah milik persendirian dan sedang dibersihkan oleh kontraktor untuk pembinaan jalan”

“Ketika kerja-kerja pembersihan sedang dilakukan, seorang daripada pekerja telah menjumpai seekor ular sawa di kawasan semak” – katanya.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selama, Mohd. Nor Khairi Johari, pasukan Bomba yang berada di lokasi segera melakukan operasi menangkap ular itu dengan segera dengan menggunakan alat penjerut sebelum ular itu kemudiannya diangkat menggunakan jengkaut disebabkan saiznya yang agak besar.

VIDEO:

Difahamkan kerja menangkap ular tersebut berjalan dengan lancar kerana ular sawa terbabit tidak bertindak agresif. Selepas lebih kurang 20 minit, ular tersebut berjaya ditangkap dan dibawa balik ke balai untuk diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan lanjut.

 Ular Sawa Batik Seberat 100kg Ditemui Pekerja Di Kawasan Pembinaan Jalan - sajagempak.com

Pengarah Perhilitan Perak, Yusoff Shariff ketika dihubungi berkata, ular sawa tersebut sudah pun berada dalam keadaan lemah sebelum kemudiannya disahkan mati.

“Ular ni kalau sudah lurus badannya, bermakna ia sudah berada dalam keadaan ‘nyawa-nyawa ikan’.

“Bangkai haiwan ini akan dilupuskan dengan cara ditanam,” kata lagi.

Facebook Comments Box