Ular Sawa Gergasi Sepanjang 8 Meter Dikesan Muncul Berdekatan Kampung, Dipercayai Keluar Selepas Banjir

Ular sawa merupakan antara spesies ular yang sangat digeruni dan ditakuti oleh manusia normal kerana saiznya yang sangat besar dan kebolehannya untuk membelit dan menelan mangsa hidup-hidup.Ular Sawa Gergasi Sepanjang 8 Meter Dikesan Muncul Berdekatan Kampung, Dipercayai Keluar Selepas Banjir - sajagempak.com

Baru-baru ini, tular di negara Indonesia mengenai penemuan ular sawa yang sangat besar. Ular sawa gergasi itu ditemui oleh penduduk di Desa Mekarsari, Kintap, Kalimantan Selatan.

Penemuan mengejutkan itu disahkan sendiri oleh ketua kampung yang dikenali sebagai Wintono. Berbicara kepada media tempatan, ketua kampung memberitahu ular sawa itu ditemui dalam jarak kira-kira 1km dari kampung mereka.Ular Sawa Gergasi Sepanjang 8 Meter Dikesan Muncul Berdekatan Kampung, Dipercayai Keluar Selepas Banjir - sajagempak.com

Ular sawa gergasi tersebut dianggarkan sepanjang 8 meter dan seorang lelaki pemancing dari Sungaidanau, Kabupaten Tanahbumbu yang terkejut saat menemui ular tersebut telah berjaya merakam video ular tersebut.

Walaubagaimanapun, kerana bimbang akan keselamatannya, pemancing itu hanya sempat mengambil video dalam beberapa saat sebelum segera beredar dari tempat tersebut.

Menurutnya lagi, ini bukanlah kali pertama penduduk kampung menemui ular sawa yang besar tetapi dulu ketika banjir di kebun, ular sawa besar itu pernah dilihat oleh orang kampung.Ular Sawa Gergasi Sepanjang 8 Meter Dikesan Muncul Berdekatan Kampung, Dipercayai Keluar Selepas Banjir - sajagempak.com

Tambahnya lagi, ular sawa besar itu berkemungkinan keluar dari sarangnya kerana banjir yang sedalam 1 meter dan menyebabkannya keluar ke tempat lain.

Meskipun ular sawa besar itu pernah dilihat beberapa kali, tetapi ketua kampung ini bersyukur kerana setakat ini tiada kejadian yang tidak diingini berlaku seperti kehilangan haiwan ternakan disebabkannya.

VIDEO:

Pihak kampung akan bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk menangkap ular sawa tersebut yang dikatakan masih berkeliaran di sekitar kawasan kebun dan mungkin akan ditempatkan di tempat yang jauh dari penempatan manusia.

Sebagai info, ular terbesar di dunia ini adalah ular spesis Green Anaconda (Eunectes murinus) yang juga dikenali sebagai giant anaconda dan mempunyai ukuran melebihi 9 meter.

Ular Sawa Gergasi Sepanjang 8 Meter Dikesan Muncul Berdekatan Kampung, Dipercayai Keluar Selepas Banjir - sajagempak.com
Green Anaconda

Ular Green Anaconda ini boleh ditemui di Amerika Selatan.

Facebook Comments Box