Ular Sawa Sepanjang 12 Kaki Terlepas Dari Zoo Dan Bersembunyi Di Shopping Mall

Seekor ular sawa sepanjang 12 kaki telah dilaporkan terlepas daripada sebuah zoo yang dikenali sebagai Blue Zoo Aquarium. Kehilangan ular sawa berkenaan menyebabkan pihak zoo berasa bimbang dan segera mendapatkan pertolongan daripada beberapa orang dan pakar hidupan liar untuk mencari dan menangkapnya semula.

Ular Sawa Sebesar 12 Kaki Terlepas Dari Zoo Dan Bersembunyi Di Shopping Mall

Setelah puas mencari, akhirnya lokasi ular sawa yang dikenali sebaga Cara itu kemudian dikenalpasti berada di sebuah mall di Baton Rouge, Louisiana.

Insiden tersebut menyebabkan mall tersebut terpaksa ditutup selama dua hari agar kerja-kerja pencarian ular tersebut boleh dilakukan dengan lancar dan tidak membahayakan orang awam.

Ular Sawa Sebesar 12 Kaki Terlepas Dari Zoo Dan Bersembunyi Di Shopping Mall
Ular sawa yang dikenali sebagai Cara

Selepas pencarian menyeluruh dilakukan, akhirnya ular sawa yang dikenali sebagai Cara itu berjaya ditemui di ruangan siling mall tersebut dan berjaya ditangkap dengan aman.

Ular itu kemudiannya dibawa semula ke Blue Zoo Aquarium.

Ular Sawa Sebesar 12 Kaki Terlepas Dari Zoo Dan Bersembunyi Di Shopping Mall

Mengetahui orang awam mungkin ketakutan dan was-was, pihak Blue Zoo Aquarium berkongsikan berita baik mengenai penemuan semula ular tersebut kepada umum dan turut menyatakan Cara dalam keadaan sihat dan selamat.

Video saat-saat Cara dikeluarkan dari siling mall:

Pihak Blue Zoo Aquarium juga akan menyiasat punca bagaimana ular sawa sepanjang 3.66 meter itu boleh terlepas dan akan mengambil tindakan yang sewajarnya demi memastikan ianya tidak berulang.Ular Sawa Sebesar 12 Kaki Terlepas Dari Zoo Dan Bersembunyi Di Shopping Mall

Nasib baik ular sawa ni jinak kan.

Kredit: Blue Zoo Baton Rouge

Facebook Comments Box