Uncle Bersiar-siar Di Kawasan Perumahan, Netizen Tercengang Melihat Haiwan Peliharaan Yang Dibawanya Bersama

Kalau sudah namanya haiwan peliharaan, sudah pasti pemiliknya akan berusaha untuk menjaganya dengan penuh kasih sayang dan juga akan mencuri masa untuk meluangkan waktu bermain-main dengannya.Uncle Bersiar-siar Di Kawasan Perumahan, Netizen Tercengang Melihat Haiwan Peliharaan Yang Dibawanya Bersama - sajagempak.com

Memiliki haiwan peliharaan memang sangat menyeronokkan dan boleh menjadi salah satu penyeri dalam rumah kita.

Kucing dan anjing mungkin merupakan haiwan peliharaan yang paling popular, tetapi terdapat juga beberapa haiwan peliharaan lain yang diminati orang malah ada diantaranya agak jarang kita lihat, contohnya haiwan peliharaan uncle ini.Uncle Bersiar-siar Di Kawasan Perumahan, Netizen Tercengang Melihat Haiwan Peliharaan Yang Dibawanya Bersama - sajagempak.com

Satu perkongsian video mengenai seorang uncle membawa haiwan peliharaannya berjalan-jalan sekitar perumahan telah menjadi tular di media sosial.

Rata-rata netizen tergaman saat melihat haiwan peliharaannya yang merupakan seekor kura-kura gergasi!Uncle Bersiar-siar Di Kawasan Perumahan, Netizen Tercengang Melihat Haiwan Peliharaan Yang Dibawanya Bersama - sajagempak.com

Kura-kura yang diberi nama Kursar itu dilihat berjalan dengan agak laju dan mempunyai langkah yang besar.

Kura-kura besar itu yang difahamkan berusia lebih kurang 11 tahun itu juga dilihat sangat jinak dengan pemiliknya.Uncle Bersiar-siar Di Kawasan Perumahan, Netizen Tercengang Melihat Haiwan Peliharaan Yang Dibawanya Bersama - sajagempak.com

Di ruangan komen, rata-rata netizen teruja dan memuji haiwan itu yang dikatakan comel. Ada juga yang berseloroh mengatakan kita ditipu kura-kura selama ini, rupanya mereka laju dan patutlah kura-kura boleh kalahkan arnab (merujuk kepada kisah dongeng kura-kura dan arnab).

VIDEO:

Selain itu, ada yang memberitahu harga kura-kura gergasi itu boleh mencecah puluhan ribu ringgit dan jika sesiapa mahu memeliharanya seperti uncle ini, mereka mungkin kena pastikan ada duit yang mencukupi untuk memiliki dan menjaganya.

Facebook Comments Box