Seorang wanita dilaporkan telah membakar sebuah motosikal bernilai lebih seratus ribu ringgit di sebuah Universiti di Thailand. Semuanya dilakukan oleh wanita tersebut gara-gara mahu membalas dendam kepada bekas teman lelakinya.
Puncanya wanita berusia 36 tahun yang dikenali sebagai Kanok Wan dikatakan mahu ‘get back’ dengan teman lelakinya namun kemudian berang dan tidak puas hati kerana bekas teman lelakinya tidak mahu.
Wanita itu kemudian bertindak di luar kawalan apabila bertidak membakar motosikal jenama Triumph yang bernilai sejuta Baht (RM 129,590.88) kepunyaan bekas kekasihnya. Sebenarnya motosikal itu adalah pemberian daripada Kanok Wan kepada kekasihnya dulu ketika mereka sedang dilamun cinta.

Tindakan Kanok Wan membakar motosikal tersebut bagaimanapun diketahui melalui rakaman CCTV di tempat letak kereta Universiti Prasarnmit Demonstration. Dari rakaman CCTV, dia dilihat menghampiri motosikal bekas teman lelakinya dan menuangkan sejenis cecair yang dipercayai bahan bakar di seluruh badan motosikal berkenaan.
Kemudian, dia menggunakan mancis untuk menyalakan api dan membakar motosikal tersebut sebelum berlalu pergi.
Motosikal itu pun dibakar hingga rentung dan rancangan Kanok Wan untuk membalas dendam berhasi, namun timbul satu lagi masalah lain yang lagi besar. Kebakaran yang disebabkannya telah merebak ke 6 kenderaan lain yang turut dijilat api.

Anggota Bomba segera dikejarkan ke tempat kejadian selepas dimaklumkan dan berjaya memadamkan api kebakaran dengan pantas. Kanok Wan pula berjaya dikesan dan kemudian ditahan oleh pihak polis atas tuduhan membakar serta merosakkan harta benda.
VIDEO:
Idenditi sebenar Kanok Wan juga dikenalpasti sebagai bekas teman wanita kepada salah seorang pekerja lelaki di universiti berkenaan.