Boleh dikatakan sesiapa sahaja pasti mahukan bentuk badan ideal dan salah satu kriterianya adalah mempunyai berat badan yang sesuai berdasarkan Body mass index (BMI).
Namun kebanyakan orang mengalami masalah berat badan meningkat dan sukar untuk menurunkannya kerana sukar untuk mendisiplinkan diri dalam memilih makanan dan minuman serta kurang bersenam. Kadangkala kita perlukan sesuatu untuk dijadikan motivasi seperti yang dialami oleh wanita ini.
Wanita dari Taiwan ini telah berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 75kg dalam masa dua tahun iaitu daripada berat 130kg kepada 55kg. Menurut suaminya,
“Dua tahun lalu, isteri bertanya kepada saya, hadiah apa yang saya mahu pada hari ulang tahun kelahiran saya.

“Saya menjawab ‘tiada apa’, namun secara spontan saya bertanyakan kepadanya, sama ada dia boleh cuba menurunkan berat badan demi saya, sekali dalam seumur hidupnya,” ujar si suami.
‘Cabaran’ suaminya kemudian dijadikan extra motivasi buat wanita ini untuk tekad menurunkan berat badannya dengan cara menukar cara pengambilan makakanan dan mengamalkan makanan yang semibang dan berkhasiat.

Usaha dan kerja keras si isteri akhirnya membuahkan hasil apabila berjaya menurunkan 75kg berat iaitu lebih separuh berat badannya yang asal iaitu 130kg.
Demi menghargai usaha isterinya, si suami kemudian memberikan ganjaran sebentuk cincin berlian satu karat kepadanya seperti yang dijanjikan.
Semoga kisah wanita ini boleh memberi sedikit sebanyak motivasi dan semangat buat anda semua yang mahu menurunkan berat badan berlebihan. Semoga berjaya!