Wanita ‘Comel’ Berketinggian 118cm Didukung Suami Jadi Bualan Warganet, Kereta Mewah Jadi Tumpuan

Pernah tular sebelum ini mengenai pasangan pengantin baharu yang mendapat perhatian warga media sosial apabila pengantinnnya mempunyai  ketinggian yang’comel’sajagempak.com -  Wanita ‘Comel’ Berketinggian 118cm Didukung Suami Jadi Bualan Warganet, Kereta Mewah Jadi Tumpuan

Menurut laporan media, pengantin wanita Syakila Norazma Amira Zuharsema memiliki ketinggian 118 sentimeter manakala suaminya, Muhammad Azri Zaidi berketinggian 154 sentimeter.

Terbaru, wanita berusia 27 tahun itu memuat naik sebuah video memaparkan dirinya duduk di atas bumbung kereta sebelum didukung suaminya dan dibawa masuk ke dalam kenderaan jenis Nissan GTR tersebut.

Menerusi kapsyen, Syakila atau mesra dipanggil Yaya seolah-olah memberitahu bahawa mereka memiliki sebuah kereta baru yang menganggap rezeki selepas dua minggu mendirikan rumah tangga.

sajagempak.com -  Wanita ‘Comel’ Berketinggian 118cm Didukung Suami Jadi Bualan Warganet, Kereta Mewah Jadi Tumpuan

“Alhamdulillah rezeki baru kahwin,” tulis wanita yang menetap di Ajil, Terengganu itu.
Rakaman video berdurasi 43 saat itu meraih 171,000 tontonan selain ratusan komen netizen termasuk tular dalam kalangan pengguna Indonesia yang memberikan pelbagai reaksi terhadap pasangan tersebut.

VIDEO:

Rata-rata menulis mengenai tindakan si suami mendukung isterinya yang kelihatan seperti adik-beradik selain mendoakan agar pasangan itu kekal bahagia hingga ke syurga.

Comel la pasangan ni!

sajagempak.com -  Wanita ‘Comel’ Berketinggian 118cm Didukung Suami Jadi Bualan Warganet, Kereta Mewah Jadi Tumpuan

Tak payah penat2 jalan

sajagempak.com -  Wanita ‘Comel’ Berketinggian 118cm Didukung Suami Jadi Bualan Warganet, Kereta Mewah Jadi Tumpuan

Macam adik & abang…

sajagempak.com -  Wanita ‘Comel’ Berketinggian 118cm Didukung Suami Jadi Bualan Warganet, Kereta Mewah Jadi Tumpuan

Salam kenal dari Indonesia!

sajagempak.com -  Wanita ‘Comel’ Berketinggian 118cm Didukung Suami Jadi Bualan Warganet, Kereta Mewah Jadi Tumpuan

Kalau dah cinta, semua kekurangan pasangan pasti akan diterima! Tak kisah soal rupa, asalkan terus bahagia. Tak gitu?

VIDEO Perkahwinan Pasangan Ini Yang TULAR Sebelum ini.

Sumber: OMM

Facebook Comments Box