Wanita Dilihat Berjalan Mundar-mandir Di Stesen Minyak, Sebabnya Amat Menyentuh Hati

Seorang lelaki menceritakan kisahnya ketika pergi ke stesen minyak BHP di Mutiara Damansara. Ketika dia sana dia ternampak dengan seorang makcik yang berkelakuan sedikit pelik hingga membuatkannya tertanya-tanya.Wanita Dilihat Berjalan Mundar-mandir Di Stesen Minyak, Sebabnya Amat Menyentuh Hati - sajagempak.com

Sebaik sahaja lelaki yang dikenali sebagai Ashraff ini sampai di stesen minyak tersebut, dia terus ke kaunter untuk membuat pembayaran mengepam minyak motosikalnya. Di sinilah dia mula memperhatikan gelagat aneh seorang wanita yang dikenali sebagai Azizah.

Ashraff menceritakan kisahnya dilaman Facebooknya, “Sampai di BHP abang ke counter buat bayaran ada sorang makcik ni masuk dengan jalan yang slow dan sedikit mengesot…. abang dok perati je dari luar… kecik beso kecik beso abang tengok…

Wanita Dilihat Berjalan Mundar-mandir Di Stesen Minyak, Sebabnya Amat Menyentuh Hati - sajagempak.com

“Makcik tadi mundar mandir dalam kedai tengok roti tengok keropok tengok MAGGI then letak balik ? last sekali dia beli air mineral 500ml ke counter keluar duit rm5 bayar…

lepastu dia keluar menuju ke bawah pokok sebelah BHP…”Setelah melihatkan keadaan Azizah yang berjalan mundar mandir itu, timbul perasaan risau didalam hati Ashraff dan dia kemudiannya memberanikan diri untuk menegur wanita itu.

Wanita Dilihat Berjalan Mundar-mandir Di Stesen Minyak, Sebabnya Amat Menyentuh Hati - sajagempak.com

“Assalamualaikum makcik,” sapa Ashraff. “Saya nak tanya tadi makcik dekat BHP pegang MAGGI CUP tu kenape tarok balik? Dah makan belom?”

Azizah menjawab salam yang diberikan Ashraff dan menjelaskan bahawa makanan segera tersebut terlalu mahal buatnya. Dia kini hanya berpaut pada wang RM5 ini sahaja sementara menunggu gajinya dibayar.

Tersentuh hati mendengar jawapan itu, Ashraff kemudiannya menawarkan diri untuk membayar makanan tambahan buat Azizah.

Wanita Dilihat Berjalan Mundar-mandir Di Stesen Minyak, Sebabnya Amat Menyentuh Hati - sajagempak.com

Setelah mereka bersuai kenal untuk seketika barulah Ashraff mengetahui keadaan dan cerita sebenar yang menimpa Azizah.

Tulis Ashraff, “Nama dia Azizah berasal dari Langkawi, berkahwin dan ade anak2 di Langkawi,dulu tinggal di Penchala bersama suami tapi kini tinggal sendiri di Kota Damansara menyewa bilik bersama pekerja Indonesia & Madura… sewa bilik beliau sebulan rm150 …. beliau bekerja sebagai tukang sapu di Jalanan area Mutiara Damansara dengan gaji Rm700 sebulan…”

Wanita Dilihat Berjalan Mundar-mandir Di Stesen Minyak, Sebabnya Amat Menyentuh Hati - sajagempak.com

“Suami ??? Kini telah tinggalkan dia gantung TAK BERTALI setelah mendapat hasil jualan tanah pusaka di kampung.”

Keesokkan harinya Ashraff datang semua dan memberikan beberapa barangan dapur dan 2 kotak carton berisi Maggi Cup untuk wanita tersebut. Selain itu dia juga sempat membelanjakan makanan mee goreng untuknya.Wanita Dilihat Berjalan Mundar-mandir Di Stesen Minyak, Sebabnya Amat Menyentuh Hati - sajagempak.com

Terima kasih kepada Ashraff yang prihatin dengan orang dalam kesusahan dan membantu mereka. 

Kisah ini pernah tular suatu ketika dahulu pada tahun 2017 namun diharapkan ianya boleh menjadi salah satu kisah inspirasi buat kita semua untuk sentiasa prihatin dan membantu orang-orang yang memerlukan terutama di zaman yang kian mencabar pada masa sekarang ini.

Kredit: Ashraff Khan

Facebook Comments Box