Gara-gara Kuat Membebel Dan Sering Menyuruh Suami Mengemaskan Rumah, Seorang Wanita Dan Juga Isteri Kepada Seorang Ahli Bina Badan Dimasukkan Ke Penjara.
Seorang wanita ditahan pihak berkuasa kerana sering berleter menyuruh suaminya mengemas rumah.
Valarie Neal, 59, mengakui sering menyuruh suaminya yang juga merupakan bekas ahli bina badan untuk melakukan kerja rumah.
Wanita yang berasal dari utara Yorkshire mengakui diperintahkan oleh mahkamah untuk penahanan dua tahun kerana tindakan itu, namun kes telah digugurkan.
Beliau juga terpaksa tinggal dalam lokap selama 17 jam atas dakwaan ‘kelakuan mengawal’ pada April lalu. Controlling behaviour yang termasuk dalam kategori penderaan emosi.
Walaubagaimana pun, Valarie menafikan tindakannya sambil menyifatkan ia sebagai satu perkara biasa. “Jika itu dianggap sebagai membebel, saya akan menyerah kalah tetapi bagi saya menyuruh seorang suami untuk membersihkan rumah adalah bukan membebel.
“Saya hanya minta suami memvakum rumah, membuat kopi dan mengelap pintu.
“Jika itu dikira berleter, saya akan buat sendiri. Tetapi suamiku yang mahu memvakum, ia bukan satu kesalahan jenayah.
“Saya menghargai perkahwinan yang sudah terumbang ambing ini namun suami tetap melayan saya dengan cara sendiri.
“Segalanya musnah selepas segala kasih saying dan perhatian diberikan kepadanya demi menyelamatkan hubungan ini”, katanya.
Kedua-dua mereka kini juga dilaporkan sudah bercerai.