Wanita Diseret 2 Orang Peragut, Siap Buat U-Turn

Pada zaman sekarang, makin banyak kes-kes meragut yang berlaku dalam masyarakat kita. Baru-baru ini, seorang wanita mengalami nasib malang apabila diragut dengan ganas oleh 2 orang lelaki bermotosikal. Perbuatan kedua-dua lelaki ini telah dirakam oleh kamera CCTV di kawasan berkenaan dan videonya telah menjadi tular.sajagempak.com - Wanita Diseret 2 Orang Peragut, Siap Buat U-Turn

“Jahatnya kau seret orang macam tu.” Demikian komen seorang netizen berhubung penularan video CCTV yang memaparkan kejadian ragut dipercayai berlaku di belakang sebuah bangunan di Segamat, Johor.

Menerusi rakaman tular di Facebook itu, dua lelaki bermotosikal menyeret seorang wanita dalam usaha meragut beg tangan miliknya.

Mangsa pada waktu itu baru sahaja berjalan keluar dari kereta, dipercayai menuju ke sebuah bank berhampiran.

sajagempak.com - Wanita Diseret 2 Orang Peragut, Siap Buat U-Turn

Akibat seretan dalam bentuk pusingan-U pada jarak beberapa meter itu, motor dinaiki dua suspek juga terbalik di atas jalan raya sebelum mereka bangun dan melarikan diri.

sajagempak.com - Wanita Diseret 2 Orang Peragut, Siap Buat U-Turn

Video berdurasi 30 saat itu mula dimuatnaik beberapa halaman Facebook sejak Khamis.

Namun sehingga kini, identiti mangsa masih gagal dikenal pasti. Dalam pada itu, penularan rakaman berkenaan turut menimbulkan rasa marah dalam kalangan netizen.

Selain geram, mereka turut meluahkan rasa kasihan terhadap nasib malang wanita itu.

sajagempak.com - Wanita Diseret 2 Orang Peragut, Siap Buat U-Turn

Peragut ada di mana-mana. Jadi lebihkan berhati-hati. Jangan muda leka dan lalai.

“B*d*h punya orang. Susah payah mak bapak kau besarkan kau, didik kau untuk jadi insan berguna. Perkara terkutuk macam tu yang kau buat?

“Kau jangan lupa kau ada keluarga, suatu hari nanti kalau kena kat keluarga sendiri kau jangan lupa zaman kegemilangan kau dulu.

“Bahaya eh Segamat sekarang ni. Ada peragut. Dapat kasi tibai ramai-ramai. Kerja tak nak. Menyusahkan orang sekeliling pula.

“B**gsat punya budak. Tak pasal budak motor kena tempias nanti.

“Peragut ada di mana-mana. Jadi lebihkan berhati-hati. Jangan mudah leka dan lalai,” tulis beberapa netizen.

VIDEO:

Anda semua dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati dimana saja anda berada terutama kalau berjalan seorang diri.

Sumber: mStar

Facebook Comments Box