Kucing sememangnya antara haiwan yang paling mudah membuatkan kita terhibur dengan gelagat dan tingkah laku mereka. Meskipun, kerapkali juga kucing ini melakukan perbuatan yang membuatkan kita bengang, tetapi hakikatnya ramai yang sayangkan haiwan berkaki empat ini.
Tular baru-baru ini akan sebuah video yang dimuat naik oleh satu pengendali akaun Twitter, The Dodo mengenai seekor kucing yang dikenali sebagai Jordan.
Jordan merupakan seekor kucing mempunyai perangai yang amat pelik dan suka melakukan sesuatu diluar dugaan.
Jordan mempunyai satu tabiat yang sangat aneh iaitu suka membawa kasut milik jiran untuk di bawa ke rumahnya pada setiap malam. Pada mulanya, pemiliknya berasa agak pelik apabila menyedari bahawa terdapat beberapa pasang kasut tiba-tiba berada di sekitar kawasan rumahnya tanpa diketahui macam mana ianya berada disitu.
Kejadian ini terus berlaku sehinggalah satu hari, si pemilik membuat keputusan untuk memasang kamera litar tertutup, CCTV di bahagian laman rumah untuk membantu menyiasat kejadian tersebut.
Namun diluar dugaannya, ternyata kucingnya, si Jordan yang melakukan semua itu, dan membawa kasut-kasut itu ke kawasan rumahnya!
Bingung dengan kejadian tersebut, pemilik kucing itu akhirnya bertindak memasang pengesan pada Jordan untuk mengetahui kawasan yang sering dilawatinya.
Setelah mengetahuinya, si pemilik telah membuat beberapa posting berkaitan dengan hal tersebut di laman Facebook dan akhirnya kebanyakkan daripada pemilik kasut itu dapat dihubungi dan hampir 30 pasang kasut dapat dipulangkan semula.
Ternyata, kejadian itu telah membuatkan orang ramai berasa terhibur setelah melihat gelagat Jordan. Adoi, nakal la si bulus ni.
VIDEO:
Cat caught on hidden camera stealing all the neighborhood shoes ? pic.twitter.com/WdA3iVdi6V
— The Dodo (@dodo) September 9, 2020
Perkongsian tersebut telah menjadi tular dan menarik perhatian ramai pengguna mediasosial sehinggsa menerima lebih 255 ribu tontonan dan. lebih 5 ribu tanda suka.