Seorang wanita menderita penyakit ganjil sejak dilahirkan pada pada hidungnya dan menyebabkan keradangan saluran darah.
Wanita yang dikenali sebagai Laudiane Fernandes dari Alagoas, Brazil menghidap penyakit haemangioma, sejenis penyakit bukan barah dan menyebabkan hidungnya kelihatan ganjil dari biasa.
Oleh sebab itu, wanita ini mengaku kerap menjadi mangsa buIi dan diberi gelaran ‘Pinocchio’ disebabkan hidungnya yang ganjil itu.
Laudiane Fernandes banyak menghabiskan zaman kanak-kanak keluar masuk hospital, sebelum beliau terima diagnosis menghidap penyakit tersebut pada usia 16 tahun. Beliau telah menjalani lapan pembedahan.
“Saya menjalani lapan pembedahan dan yang terakhir, doktor cuba menyambung kembali kulit ke hidung saya tetapi ia menyebabkan jangkitan dan akibatnya, saya kehilangan sebahagian hidung,” kata Laudiane.
Bagi menutup rongga hidungnya yang ‘terbuka’, doktor terpaksa memotong sebahagian pipi kanannya untuk membentuk semula hidungnya.
Selepas pembedahan itu, beliau mula menjadi perhatian orang ramai oleh kerana keadaan hidungnya yang kelihatan sedikit ganjil itu.
Apabila Laudiane kembali ke sekolah, dia sering diganggu dan dibuIi. Walaupun situasi tersebut meninggalkan memori yang perit dalam hidup beliau, Laudiane cuba sedaya upaya untuk fokus kepada perkara positif dan rasa bersyukur kerana dia masih hidup.
Sumber: Gegar