Wanita Menemui Haiwan Pelik Tidak Dikenali Di Rumah Jiran, Risau Haiwan Itu Tak Bergerak Dari Pagi Hingga Malam

Seorang wanita yang dikenali sebagai Teressa Tham telah menemui seekor haiwan pelik yang tidak dikenalinya di rumah jiran. Dia berasa pelik kerana haiwan yang ditemuinya itu kelihatan berada di tempat yang sama dari pagi hingga malam dan tidak bergerak untuk cari makanan.Wanita Menemui Haiwan Pelik Tidak Dikenali Di Rumah Jiran, Risau Haiwan Itu Tak Bergerak Dari Pagi Hingga Malam - sajagempak.com

Oleh kerana berasa bimbang akan keadaan haiwan tersebut dia pun cuba bertanyakan mengenainya di Facebook dengan memuat naik beberapa gambar haiwan berkenaan.

“Adakah sesiapa yang tahu haiwan apakah ini? Bagaimana harus menjaganya? Haiwan ini berada dalam posisi sama siang dan malam di rumah jiran saya dan belum makan apa-apa lagi”.Wanita Menemui Haiwan Pelik Tidak Dikenali Di Rumah Jiran, Risau Haiwan Itu Tak Bergerak Dari Pagi Hingga Malam - sajagempak.com

Agak pelik kalau haiwan hidup itu langung tidak bergerak dari pagi hingga malam sedangkan siput pun boleh bergerak meskipun dengan kelajuan yang sangat perlahan.

Perkongsian Teressa Tham di facebook mendapat perhatian ramai orang dan ada yang berpendapat haiwan tersebut ialah sebuah patung kerana ianya tidak bergerak, tetapi haiwan itu bukan patung dan memang satu spesis haiwan yang hidup.Wanita Menemui Haiwan Pelik Tidak Dikenali Di Rumah Jiran, Risau Haiwan Itu Tak Bergerak Dari Pagi Hingga Malam - sajagempak.com

Akhirnya spesis haiwan tersebut berjaya dikenalpasti oleh beberapa orang netizen yang memberitahu ianya adalah seekor haiwan yang dkenali sebagai Kongkang.

Wanita Menemui Haiwan Pelik Tidak Dikenali Di Rumah Jiran, Risau Haiwan Itu Tak Bergerak Dari Pagi Hingga Malam - sajagempak.com
Foto: Kongkang (Slow Loris)

Kongkang atau Slow loris merupakan spesis haiwan dari kumpulan primat (monyet) yang terkenal dengan sifatnya yang bergerak dengan sangat perlahan dan aktif pada waktu malam.

Antara makanannya ialah serangga, buah-buahan dan daun pokok.

Kredit: Thressa Tham

Facebook Comments Box