Wanita Merasa Ada ‘Benda Sejuk Atas Perut’, Rupanya Ada Ular Berbisa Tidur Atas Badannya

Kejadian ular masuk ke dalam rumah bukanlah sesuatu yang asing malah kerapkali dilaporkan berlaku di negara kita. Wanita Merasa Ada ‘Benda Sejuk Atas Perut’, Rupanya Ada Ular Berbisa Tidur Atas Badannya - sajagempak.com

“Nurul beritahu ada ‘benda’ sejuk di atas perutnya. Dia kemudian segera memanggil nama makcik kerana mengesyaki ada ular di atas badannya,” ujar Rohana Jaafar, 63, menceritakan detik cemas anak perempuannya, Nurul Atikah Ismail, 31, yang terselamat daripada dipatuk ular Tiung Cincin Emas atau nama saintifiknya Boiga Dendrophila.

Kejadian dikatakan berlaku sekitar jam 3 pagi tadi, ketika Nurul sedang tidur di rumahnya di Kampung Ulur, Sungai Buluh, di sini.

Rohana berkata, dia mulanya menyangkakan anak perempuannya mengigau akibat kepenatan selepas pulang bekerja di Kuala Lumpur.

“Saya bagaimanapun bergegas pergi memeriksa biliknya. Sebaik lampu bilik dinyalakan, ular itu dilihat menyusur ke kaki Nurul menyebabkan Nurul menangis ketakutan.

Wanita Merasa Ada ‘Benda Sejuk Atas Perut’, Rupanya Ada Ular Berbisa Tidur Atas Badannya - sajagempak.com

“Dalam keadaan cemas itu, makcik terus menelefon saudara di sebelah rumah untuk meminta bantuan,” katanya.

Rohana berkata, anak saudaranya, Azman Hasan, 40, bertindak menghalau ular itu menggunakan kayu bagi membolehkan Nurul keluar dari bilik berkenaan.

“Tidak lama kemudian sepasukan Angkatan Pertahanan Awam (APM) Alor Gajah tiba untuk menangkap ular berbisa itu.

 

Sementara itu, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Alor Gajah, Kapten (PA) Aljibin Suddin berkata, seramai empat anggota APM ditugaskan melakukan operasi menangkap reptilia itu sejurus menerima panggilan jam 3.51 pagi.Wanita Merasa Ada ‘Benda Sejuk Atas Perut’, Rupanya Ada Ular Berbisa Tidur Atas Badannya - sajagempak.com

Katanya, ular Tiung Cincin Emas yang sepanjang 1.5 meter itu dikesan berlingkar di atas besi langsir dan cuba menyusup keluar melalui lubang.

Menurutnya lagi, ular tersebut berjaya ditangkap dan kemudian dilepaskan semula ke tempat yang jauh dari penempatan manusia.

Sedikit pesanan buat kita semua, sentiasalah tutup pintu, tingkap atau mana-mana lubang yang membolehkan haiwan atau hidupan dari luar masuk kedalam rumah.

Sumber: Harian Metro

Facebook Comments Box