Wanita Mohon Cerai Kerana Tak Tahan Suami Tak Mandi, Tak Gosok Gigi

Biasanya kita akan mandi paling kurang dua kali sehari. Kalau sehari tak mandi memang rasa tak sedap badan dan tak selesa bukan? Seorang wanita tekad untuk menuntut cerai daripada suaminya kerana sudah tidak sabar dengan perangai dan sikap suami yang pengotor, tak mandi dan tak menggosok gigi.sajagempak.com - Wanita Mohon Cerai Kerana Tak Tahan Suami Tak Mandi, Tak Gosok Gigi

Keengganan suaminya untuk menjaga kebersihan diri termasuk mandi dan menggosok gigi, menyebabkan seorang wanita nekad menuntut cerai.

Oddity Central melaporkan, Soni Devi yang berasal dari daerah Bihar Vaishali mengakui tidak tahan lagi untuk meneruskan hidup bersama suaminya, Manish Ram yang mandi sekali saja dalam tempoh 10 hari.

Wanita berusia 20 tahun itu memohon mahkamah untuk meluluskan permohonannya kerana mendakwa suaminya malas memberus gigi, tiada adab dan tidak mengikut etika.

sajagempak.com - Wanita Mohon Cerai Kerana Tak Tahan Suami Tak Mandi, Tak Gosok Gigi

 

“Saya tidak sanggup lagi tinggal bersamanya dan menanggung semua ini lagi.

“Tolonglah bebaskan saya daripadanya kerana dia menghancurkan hidup saya.

“Lagipun, kami tiada anak dan hubungan juga tidak seperti suami isteri jadi sia-sia jika perkahwinan ini diteruskan,” tulisnya dalam surat tuntutan cerai.

sajagempak.com - Wanita Mohon Cerai Kerana Tak Tahan Suami Tak Mandi, Tak Gosok Gigi

Selain berpisah, Soni menuntut suaminya yang berumur 23 tahun itu memulangkan barangan kemas dan lain-lain hadiah pemberian keluarganya ketika hari perkahwinan mereka.

Sementara itu, Manish Ram, 23, yang bekerja sebagai tukang paip memberitahu portal Times of India yang dia mahu terus hidup bersama Soni dan akan cuba mengubah gaya hidup demi menyelamatkan rumah tangga mereka.

sajagempak.com - Wanita Mohon Cerai Kerana Tak Tahan Suami Tak Mandi, Tak Gosok Gigi

Manakala, Anggota Suruhanjaya Wanita Negeri (SWC) memberi tempoh dua bulan kepada pasangan berkenaan untuk menyelesaikan konflik di antara mereka sebelum merujuk semula kes itu di mahkamah.

 

Senang je kalau nak selesaikan masalah ini, si suami kenalah amalkan mandi dan gosok gigi setiap hari. Tak boleh bayangkan seseorang tu boleh mandi sekali dalam 10 hari, fuhh.

Facebook Comments Box