Wanita Naik ‘Hantu’ Kereta Kena Tarik PBT

SHAH ALAM – Tindakan seorang wanita yang mengamuk ketika kereta miliknya ditarik oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) mengundang pelbagai reaksi netizen.sajagempak.com - Kereta Kena Tarik PBT, Wanita Naik 'Hantu' Dan Bertindak Agresif Baling Kon, Siap Meludah Orang

Video yang dikongsi oleh @TurmalinFT melalui laman Twitter miliknya memaparkan seorang wanita bertindak agresif terhadap penjawat awam yang mahu menarik keretanya selepas didapati diparkir di kawasan yang dilarang.

Wanita itu juga dilihat meIudah seorang orang awam yang cuba menenangkannya dan turut bertindak membaling kon.

Perkongsian video yang tidak diketahui di mana lokasinya tular di media sosial dengan meraih 2,500 tontonan hanya dalam masa sejam selepas dimuatnaik oleh @TurmalinFT.

sajagempak.com - Kereta Kena Tarik PBT, Wanita Naik 'Hantu' Dan Bertindak Agresif Baling Kon, Siap Meludah Orang

Rata-rata netizen mengecam tindakan wanita tersebut yang disifatkan mengganggu tugas penjawat awam.

Namun ada di kalangan netizen yang bersimpati dengan wanita terbabit.

sajagempak.com - Kereta Kena Tarik PBT, Wanita Naik 'Hantu' Dan Bertindak Agresif Baling Kon, Siap Meludah Orang

“Bukan aku tak kesian tapi cara yang dilakukan wanita ini salah. Dah tugas lelaki itu tarik kereta kau sebab kau parkir kereta tempat yang tak boleh parkir. Jadi, terima sahajalah kesalahan pergi bayar denda dah boleh keluar dah kereta itu, kan lebih senang,” tulis Hafiz Asyraf di Twitter.

VIDEO:

@mazmin12 pula memberitahu, “Hidup sekarang ramai yang menghadapi tekanan…tak ada orang yang nak memalukan diri sendiri sampai macam itu sekali. Kesian kakak ini. Yang abang-abang itu pun kesian, bertabahlah.”

@TurmalinFT bukan penjawat awam je dia ganggu, orang awam yang tak bersalah pun diludah. Saya tak tahu apa masalah dia sedang hadap tapi tindakan dia sangat tak masuk akal.

Sumber: Sinar Harian

Facebook Comments Box