Biasa kita dengar orang kata cemburu itu tandanya sayang, betul ke? Mungkin ada benarnya namun jika cemburu secara berlebihan juga sebenarnya tidak berapa elok dan boleh menyebabkan pasangan menjadi tidak selesa dan rimas.
Seorang wanita yang dikenali sebagai Debbi Wood ini mungkin boleh dinobatkan sebagai wanita yang paling cemburu di dunia. Ini kerana wanita berusia 44 tahun ini pernah memaksa suaminya mengambil ujian ujian pengesan penipuan (Poligraf) dan kerap memeriksa telefon bimbit serta emelnya setiap hari.
Debbi Wood digelar sebagai wanita paling cemburu di dunia di Britain hinggakan suaminya Steve, 32 dikatakan hanya dibenarkan menonton rancangan mengenai haiwan dan tumbuhan sahaja. Selain itu dia juga pernah melarang suaminya menonton rancangan TV yang menampilkan wanita.
Dulu dia pernah melarang suaminya menonton rancangan TV yang menampilkan penyampai TV, Holly Willoughby dan Anne Robinson, yang disyakinya mempunyai ciri-ciri wanita kegemaran suaminya
“Saya tak nak dia fikir wanita lain itu menarik. Kalau awak dah ada isteri dan bahagia dengan pasangan, mata awak sepatutnya hanya memandang pasangan sehidup semati sahaja,” katanya.
Wanita dua anak itu bagaimanapun membenarkan suaminya bermain permainan konsol agar tidak bosan selain boleh meluangkan waktu untuk bermain game bersama-sama.
Debbie yang didiagnosis dengan gangguan psikiatri dilaporkan menghidap Sindrom Othello, yang menyebabkan dia percaya pasangannya tidak setia. Debbie juga memasang software penapis keselamatan dalam komputer bagi memastikan Steve tidak dapat melayari laman Iucah.
Pakar menjelaskan tingkah laku Debbi itu adalah berpunca daripada kesan hubungannya sebelum ini yang kemungkinan besar tidak berjalan dengan baik seperti mana yang dimahukannya. Pakar juga memberitahu keadaannya jadi makin ‘parah’ adalah disebabkan Debbi turut mengalami obesiti.
Bagaimanapun, Debbi mendedahkan sejak dia mengambil keputusan untuk bekerja sebagai plus-size model awal tahun ini berkata, suaminya pula menaruh perasaan cemburu terhadapnya. Eh, penyakit cemburu dah berjangkit kat suami ekk?
“Saya mahu membuang gelaran saya sebagai wanita kuat cemburu dan buat pertama kali sepanjang hidup, saya berasa gembira dan semakin yakin (setelah menjadi plus-size model), termasuk lebih mempercayai Steven. Cuma dia sekarang cemburu dengan perhatian yang saya dapat. Tetapi itu membuatkan saya berasa lebih selamat.
Sekarang ini Debbie sudah berjaya mengurangkan berat badannya sedikit demi sedikit
Tapi kesan sampingannya, dia mengalami beberapa masalah kesihatan dari sakit di bahagian punggung hingga masalah diabetis.
Semoga masalah kesihatan Debbi menjadi semakin baik dan moga tidak lagi kuat cemburu di masa akan datang.