Gadis Patah Hati Kurung Diri Dalam Bilik Berbulan-bulan Dijumpai Dalam Keadaan Menyedihkan Dan Bilik Dipenuhi Sampah Sarap.
Seorang gadis menjadi tular gara-gara tindkaannya selepas putus cinta. Gadis yang berasal dari China dipercayai mengalami depresi dan bertindak mengurung diri dalam bilik selama 5 bulan sebelum ditemui.
Kisah gadis ini tiba-tiba menjadi tumpuan netizen setelah gambar keadaan biliknya tersebar luas.
Setelah 5 bulan mengurung diri dalam sebuah bilik, keadaan bilik gadis ini menjadi sangat tidak kemas. Lebih kurang seperti tempat pelupusan sampah. Longgokan tisu dan bekas makanan segera yang digunakan memenuhi segenap ruangan bilik.
Kisah dan keadaan gadis ini terbongkar apabila pemilik bilik sewa yang didiami gadis tersebut perasan dia sudah terlalu lama tidak pernah kelihatan keluar dari biliknya. Oleh kerana merasa curiga, dia pun membuat laporan polis.
Dan setelah memeriksa, pemilik dan pegawai polis yang tiba terkejut apabila mendapati bilik gadis itu dalam keadaan sangat tidak kemas.
Tambah lagi, gadis itu kelihatan hanya termenung serta mengabaikan orang yang datang. Diduga dia mengalami gangguan psikologi akibat putus cinta.
Pemilik penginapan segera menghubungi petugas kebersihan dan berusaha membantu gadis itu untuk keluar daripada bilik berkenaan dan menenangkannya.