Wanita Pengsan Dan Sesak Nafas Kena Gigit Semut Api Ketika Berkelah, Doktor Kata Boleh Bawa Maut

Seorang wanita yang dikenali sebagai Hasnoor Hashim menceritakan kejadian mencemaskan yang yang berlaku kepada rakannya, Nora Lee di Pantai Moknik (Monica Bay) Kemaman, Terengganu, pada Ahad lepas (Oktober 3).Wanita Pengsan Dan Sesak Nafas Kena Gigit Semut Api Ketika Berkelah, Doktor Kata Boleh Bawa Maut - sajagempak.com

Menurutnya yang lebih mesra dikenali sebagai Elly, mereka hampir setahun tak berjumpa dan membuat keputusan untuk meluangkan masa bersama.

Namun ketika mereka duduk bawah pohon rhu dekat tepi pantai, Nora Lee yang berusia 22 tahun telah kena gigit semut-semut dan kemudiannya menunjukkan alahan teruk.

“Masa kena gigit tu dia naik bekas macam kena gigit nyamuk, dia tunjuk pada saya mula-mula kecik, lepas tu bekas tu makin besar dan merah.Wanita Pengsan Dan Sesak Nafas Kena Gigit Semut Api Ketika Berkelah, Doktor Kata Boleh Bawa Maut - sajagempak.com

“Lepas 10 minit mata dia mula berair, masa tu dia ingat sebab makan makanan pedas tapi saya beritahu dia yang makanan tu tak pedas pun,” ujar Elly.

Keadaan Nora makin teruk apabila dia terasa tekaknya makin sempit, leher gatal dan sukar bernafas. Mukanya juga dah mula naik bintik-bintik gatal.

“Bintik-bintik tu sampai membuatkan muka dia jadi bengkak, bintik tu dari dalam kulit, memang nampak dia keluar satu-satu,” kata Elly.Wanita Pengsan Dan Sesak Nafas Kena Gigit Semut Api Ketika Berkelah, Doktor Kata Boleh Bawa Maut - sajagempak.com

Perkelahan mereka itu juga turut disertai suami Elly, sepupu suaminya, adik Elly dan tiga anak Elly.Dalam perjalanan ke hospital, Nora sudah pengsan dan tidak sedarkan diri. Nora juga sempat memberitahu Elly bahawa nasib baik bukan anak-anak yang kena gigit.

Elly bersyukur kerana mereka sempat bawa Nora segera ke hospital sebelum berlaku perkara yang lebih buruk.

“Sebenarnya Nora sempat tolong kami kemas-kemas masa tu memang nak balik, ingatkan nak hantar dia balik sebab ingat tak serius.Wanita Pengsan Dan Sesak Nafas Kena Gigit Semut Api Ketika Berkelah, Doktor Kata Boleh Bawa Maut - sajagempak.com

“Tapi dia cakap tak tahan dah, jadi kami buat keputusan untuk bawa dia ke bahagian kecemasan, Hospital Besar Kemaman.

“Kalau saya hantar dia balik mungkin saya akan menyesal seumur hidup sebab doktor cakap kalau lambat hantar dia ke hospital dia boleh meninggal,” jelasnya.

 

Sampai di hospital, doktor kejutkan Nora tapi dia tak sedar dan bila diperiksa badannya penuh dengan bintik-bintik merah. Doktor bertiahu Nora mengalami alahan teruk yang boleh merisikokan nyawa jika lambat dibawa ke hospital.Wanita Pengsan Dan Sesak Nafas Kena Gigit Semut Api Ketika Berkelah, Doktor Kata Boleh Bawa Maut - sajagempak.com

Nora dimasukkan ke hospital selama dua hari dan menurut doktor semut api yang mengigitnya sememangnya amat berbahaya kepada kita.

Kredit: mStar

Facebook Comments Box