Wanita Penjual Kuih Dibaling Televisyen Dan Seribu Lebih Wang Tunai Miliknya Dirembat

Seorang wanita yang dikenali sebagai Iqromah Anuar,50 menjadi mangsa kejadian pecah rumah di Kampung Kutan Tengah, Tumpat, Kelantan.Wanita Penjual Kuih Dibaling Televisyen Dan Seribu Lebih Wang Tunai Miliknya Dirembat

Menceritakan kejadian yang berlaku awal pagi itu, Iqromah baru pulang ke rumah selepas menghantar kuih ke kedai kopi berhampiran rumahnya. Sebaik masuk kedalam rumah, wanita ini terdengar bunyi yang disangkanya kucing dan memasang lampu rumah.

Iqromah kemudian terkejut melihat seorang lelaki keluar dari bilik tidurnya dengan membawa televisyen hingga menyebabkannya menjerit meminta tolong.

Lelaki itu kemudian membaling televisyen yang dipikulnya kepada Iqromah namun dia berjaya mengelaknya. Lelaki pencuri itu kemudian terus berlari keluar rumah. Pencuri berkenaan bagaimanapun sempat mengambil dua buah handphone, wang tunai hasil jualan kuihnya yang berjumlah RM1,080 dan juga wang sumbangan orang ramai.

Ketika kejadian tiada orang lain dirumah kerana, anak-anak Iqromah tidur di rumah kakak iparnya yang berhampiran.

Iqromah memberitahu dia menyimpan duit itu dibawah bantalnya dan mahu digunakannnya untuk membayar sewa rumah RM300 dan juga untuk modal dan bahan-bahan buat kuih.

Terdahulu, Iqromah dikunjungi Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob serta Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner Abdullah Mohammad Piah sempena Program Prihatin Masyarakat Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Wanita Penjual Kuih Dibaling Televisyen Dan Seribu Lebih Wang Tunai Miliknya Dirembat

Pucuk pimpinan PDRM mengarahkan semua ketua polis daerah serta ketua polis balai mengenalpasti golongan ini bagi memudahkan mereka untuk membuat permohonan kepada pihak berkaitan.

“Hari ini kami di kontinjen Kelantan menziarah lima rumah di sekitar Wakaf Bharu sambil memberi sumbangan peribadi sambil bertanya khabar,” kata Senior Asisten Komisioner Abdullah Mohammad Piah.

Berasal dari Surabaya, Indonesia, Iqromah sudah menetap selama 28 tahun di sini dan tinggal di rumah sewanya bersama dua orang anak perempuan.

Kredit: hmetro

Facebook Comments Box