Wanita Russia Melahirkan Anak Di Hotel Dan Tiada Duit, Polis Membantu Beli Dan Tukarkan Pampers Bayi

Sepanjang musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, ‘frontliner’ pasti terjumpa pelbagai golongan yang memerlukan bantuan akibat berhadapan kekangan Covid-19.sajagempak.com - Wanita Russia Melahirkan Anak Di Hotel Dan Tiada Duit, Polis Membantu Beli Dan Tukarkan Pampers Bayi

Terbaru, dua anggota polis dari Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur yang membuat tugasan Ops Covid-19 tampil membantu seorang warganegara Rusia yang telah melahirkan anak di sebuah hotel di sekitar ibu kota.

Menerusi laman Facebook JSPT KL, beberapa gambar dikongsi yang memaparkan anggota polis itu membantu menukarkan lampin pakai buang yang dibeli sebelum mendukung bayi tersebut.]

sajagempak.com - Wanita Russia Melahirkan Anak Di Hotel Dan Tiada Duit, Polis Membantu Beli Dan Tukarkan Pampers Bayi

sajagempak.com - Wanita Russia Melahirkan Anak Di Hotel Dan Tiada Duit, Polis Membantu Beli Dan Tukarkan Pampers Bayi

Setelah mengetahui pasangan suami isteri dari Rusia berkenaan tidak mempunyai duit dan tidak mampu lagi membayar bil hotel, anggota polis membawa mereka ke Balai Polis Jalan Tun Razak untuk tindakan selanjutnya.

sajagempak.com - Wanita Russia Melahirkan Anak Di Hotel Dan Tiada Duit, Polis Membantu Beli Dan Tukarkan Pampers Bayi

Difahamkan pasangan itu telah pergi ke Kedutaan Rusia untuk mendapatkan bantuan pulang ke negara mereka tetapi gagal sebaliknya terkandas di negara ini buat sementara waktu.

Tabik semangat kemanusian yang ditunjukkan frontliner’ kita! Sentiasa cuba membantu walaupun sedikit, tetapi amat bermakna bagi mereka yang mengalami kesusahan.

sajagempak.com - Wanita Russia Melahirkan Anak Di Hotel Dan Tiada Duit, Polis Membantu Beli Dan Tukarkan Pampers Bayi

Menerusi ruangan komen, rata-rata warganet memuji tindakan frontliner ini yang sanggup menolong orang yang dalam kesusahan walaupun stress bekerja.

Besar pahala dapat membantu sesama insan

sajagempak.com - Wanita Russia Melahirkan Anak Di Hotel Dan Tiada Duit, Polis Membantu Beli Dan Tukarkan Pampers Bayi

Menolong atas dasar kemanusiaan

sajagempak.com - Wanita Russia Melahirkan Anak Di Hotel Dan Tiada Duit, Polis Membantu Beli Dan Tukarkan Pampers Bayi

Posting asal di laman facebook JSPT KL:

PIC OF THE DAYPOLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADAKuala Lumpur, 22 April 2020 – Insp Sinniah dan Kpl Dayang yang…

Dikirim oleh JSPT KL pada Jumat, 24 April 2020

Sumber: JSPT KL via OMM

Facebook Comments Box