Wanita Sakit Perut Teruk Gara-gara Sorok Duit RM37K Dari Suaminya Yang Suka Membazir

Sudah menjadi lumrah hidup berumahtangga, antara benda yang sering menjadi punca masalah dan pertengkaran adalah DUIT. Kebiasaan dalam masyarakat kita, si suamilah yang biasanya memberikan duit belanja untuk si isteri namun sebaliknya berlaku dalam kes ini.Sembunyikan Duit RM37K Dari Suami, Wanita Kemudian Mengadu Sakit Perut Teruk - sajagempak.com

Seeorang wanita yang berasal dari Columbia meluahkan rasa bengang dengan sikap suaminya yang sering berfoya-foya dan menghabiskan duit. Lagi teruk, suaminya juga sering menipu dan mengambil duit simpanan keluarga.

Kerana tidak tahan dengan suaminya yang sering mengambil duit simpanan mereka, wanita ini melakukan sesuatu dengan menyembunyikan duit miliknya 9000 dolar (RM37,710) . Namun apa yang menyebabkan ramai terkejut ialah tempat dia sembunyikan duit tersebut.

Wanita yang dikenali sebagai Sandra Milena Almeida ini mengambil keputusan menelan kesemua duit berjumlah 9000 dolar (RM37,710) itu untuk ‘menyimpannya” dalam badannya! Ini kerana dia takut suaminya mengambil duit itu untuk berfoya-foya sedangkan tujuan asal duit itu adalah untuk perbelanjaan bersama.Sembunyikan Duit RM37K Dari Suami, Wanita Kemudian Mengadu Sakit Perut Teruk - sajagempak.com

 

Selepas menelan duit tersebut dia tidak merasakan apa-apa yang pelik namun kemudian selepas beberapa hari, dia mula merasakan sakit perut yang sangat teruk.

Akhirnya dia meminta bantuan perubatan tetapi wanita ini tidak mahu mendedahkan kepada doktor mengenai apa yang dilakukannya. Apabila X-ray, doktor baru mendapati ada sesuatu sepanjang 3 cm yang tidak jelas pada perut dan usus kecil wanita tersebut

Ketika pembedahan, doktor terkejut apabila menemui wang kertas 100 dolar dalam usus dan perutnya. Mereka kemudian berjaya mengeluarkan dan menyelamatkan 5700 dolar atau RM23,880 dari perut wanita tersebut dan ada yang sudah dicerna oleh perutnya.

 

Doktor yang merawatnya iaitu Juan Pablo Serrano memberitahu mereka pada awalnya mengesyaki wanita itu menyembunyikan dadah sebelum menjumpai wang kertas dalam perutnya.Sembunyikan Duit RM37K Dari Suami, Wanita Kemudian Mengadu Sakit Perut Teruk - sajagempak.com

Selepas dibersihkan, duit sebanyak 5700 dolar atau RM23,880 itu dikatakan masih boleh digunakan seperti biasa.

Facebook Comments Box