Seorang Ibu Tergamak Buang Anak 2 Tahun Kerana Suami Barunya Tidak Mahu Menerima Anaknya. Memiliki anak merupakan impian semua orang terutamanya buat pasangan suami isteri. Anak merupakan penyeri hidup buat pasangan suami isteri dan ramai orang sanggup melakukan apa saja untuk mendapatkan anak.
Walaubagaimanapun, terdapat juga segelintir orang yang sanggup melakukan sesuatu yang ‘jahat’ terhadap bayi mereka termasuk membuang, mendera semata-mata untuk kepentingan dan kepuasan mereka.
Baru-baru ini, seorang kanak-kanak berusia 2 tahun telah dihalau oleh ibunya sendiri disebabkan suami barunya tidak mahu menerima anak tersebut. Kejadian tersebut berlaku di negara Thailand dan dikongsikan oleh seorang lelaki bernama Ake Srisuwan.
Kanak-kanak tersebut dihantar oleh ibunya dan ditinggalkan di hadapan sebuah pusat kebajikan beserta dengan barangan yang berisi pakaian, mainan dan surat dari ibunya. Kanak-kanak itu juga disuruh menekan loceng di pagar pusat tersebut untuk mendapatkan perhatian orang-orang disitu.
Dalam surat yang dibawanya, ibunya mengatakan dia tidak mampu nak besarkan kanak-kanak tersebut kerana tiada duit dan miskin dan juga suami barunya yang tidak mahu menjaga dan menerima anak tersebut.
“Saya ingin meminta jasa baik Krisana Chomprasert atau GSB untuk menjaga anak ini secara terus (kekal). Ini kerana saya tidak dapat menjaga anak ini dengan baik serta memberikan masa depan yang baik kerana saya miskin”
“Saya ada keluarga baru dan suami saya yang baru tidak mahukan anak ini dan tidak menerima anak ini sebagai anaknya. Maaf terpaksa buat begini dan inilah yang terbaik.”
Walaubagaimanapun, ayat terakhir oleh ibunya agak menyentuh hati, ibunya menulis ‘Ibu mana tak sayangkan anak, tapi ibu juga ada keperluan’
Susulan daripada kedatangan kanak-kanak tersebut, pihak pusat kebajikan terus membawanya ke hospital untuk pemeriksaan dan mendapatkan rawatan.
Kesiannya anak kecil ini…
Kanak-kanak 2 tahun itu didapati mempunyai banyak kesan-kesan keceder4an di badannya,disyaki dider4 oleh ibu bapanya. Kalau betul sayangkan anak, kenapa boleh ada kesan-kesan sebegini kan?
Kanak-kanak tersebut kemudiannya diberikan rawatan sehingga sihat.