‘Wanita Terlanggar Kereta Lain Ketika Hantar Anak, Keluar Pemandu Bengis Marah-marah’

Kadang-kadang, orang respon teruk kepada kita walau salah kita sedikit sahaja, mungkin mereka tidak berniat begitu. Kita jangan cepat menghukum. Semalam ada satu kisah realiti yang sangat best seorang followers aku kongsi. Bacalah, semoga dapat sesuatu :

sajagempak.com - ‘Wanita Terlanggar Kereta Lain Ketika Hantar Anak, Keluar Pemandu Bengis Marah-marah’
Gambar Hiasan

“Ini kisah benar berlaku pada diri akak sendiri beberapa tahun yang lalu.

Pagi nak hantar anak sekolah akak langgar satu kereta kat roundabout. Tergesel kereta sebelah terus driver kereta mengamuk nak ajak gaduh huhuhu.

Akak tengok dia turun kereta muka merah padam memang marah betul,

“Ko jangan nak lari aku nampak muka ko”

Lepas tu dia ambik gambar kereta akak, gambar no plate kereta, gambar mykad akak dengan gambar akak dengan anak pun dia ambik jugak ?‍♀️

Takut betul dia akak nak lari agaknya..adoihhhh ?

Akak cakap kat dia (lelaki lingkungan umur awal 40an barangkali)

“Maaf Encik, akak tak sengaja ni nak cepat nak hantar anak sekolah. Encik ambik nombor telefon suami akak ya. Nanti suami akak uruskan kereta Encik ya.”

Dia macam nak percaya tak percaya pun ada jugak masa tu. Jadi akak call suami akak depan dia bagi dia cakap sendiri dengan suami. Dia mengamuk pulak dengan suami akak lagi ?

“Isteri awak dah langgar kereta saya apa cerita ni!”

Bila suami kata nak jumpa dan nak settle baru dia nak tenang sikit.

Akak pun hantar anak sekolah. Lama jugak suami akak settle kan hal kereta Encik tu.
Bawa ke bengkel betulkan balik yang calar sampai semua dah elok suami bayarkan bil kerosakan kereta dia.

Alhamdulillah selesai…

Ini cerita disisi kita yang biasa-biasa…

Tapi rupa-rupanya Encik ni tengah kusut serabut isteri dia di wad icu sedang bertarung nyawa lepas bersalin.

sajagempak.com - ‘Wanita Terlanggar Kereta Lain Ketika Hantar Anak, Keluar Pemandu Bengis Marah-marah’
Gambar Hiasan

Ada komplikasi lepas lahirkan anak dan dia tengah susah hati dengan isteri yang sakit, anak yang baru lahir, anak-anak yang tinggal di nursery dalam keadaan dia takde duit langsung waktu tu.

Dia menangis waktu cerita pada suami akak

AllahuAkbar. Alllah kirim orang ini untuk kita bantu kata suami pada akak ?

Suami bagi sedikit sumbangan untuk ringankan beban dia walaupun mulanya dia menolak sebab dah bayar bil repair kereta dia sebelum tu. Tapi bila suami akak kata ini untuk isteri dan anak-anak awak akhirnya dia mengalah dan ambik jugak.

Selang beberapa bulan dia hubungi suami nak pulangkan semula duit. Katanya isteri dia dah sihat Alhamdulillah anak-anak pun semua sihat

Kami kata kami tak mau duit balik. Kami mau dia datang rumah bawa isteri dan anak-anak untuk jadi saudara dunia akhirat ❤

Perkara yang mulanya nampak macam musibah pada dia rupanya Allah nak hantar bantuan pada dia dengan cara yang sangat tak diduga.

Sebab tu la sentiasa kena bersangka baik dengan Allah setiap masa”.

Indah perkongsian dari Kak Norlaili Osman ini. Dan indahnya jika kita tidak cepat melatah dan sering bersangka baik pada orang sekeliling kita. Satu kisah yang menjentik hati saya. Terima kasih kak atas perkongsian ini.

Begitulah kisah yang dikongsikan oleh Cikgu Mohd Fadli Salleh di profike facebooknya yang sehingga kini telah meraih 10 ribu tanda suka dan dikongsi lebih 2 ribu orang.

 

Facebook Comments Box