Wanita Trauma Dapat Kepala Ayam Disalut Tepung Selepas Buat Pesanan Di Restoran Makanan Segera Terkenal

Restoran KFC atau nama panjangnya Kentucky Fried Chicken sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi. Ini kerana restoran makanan segera itu sememangnya mempunyai peminat yang tersendiri dan jumlah pelanggan mereka semakin bertambah dari semasa ke semasa.Wanita Trauma Dapat Kepala Ayam Disalut Tepung Selepas Buat Pesanan Di Restoran Makanan Segera Terkenal - sajagempak.com

Baru-baru ini, tular mengenai seorang wanita yang dikenali sebagai Gabrielle yang membuat pesanan dari sebuah restoran KFC di cawangan Twickenham, tenggara London.

Namun sebaik sahaja menerima pesanan yang dibuatnya, wanita ini terkejut apabila menemui kepala ayam yang disaluti tepung goreng. Keadaan tersebut membuatkannya hilang selera untuk makan.

Terkejut dengan pesanan yang diterimanya, Gabriella kemudian memuatnaik gambar kepala ayam tersebut di laman Instagram dengan caption:

“Saya menemui kepala ayam goreng dalam hidangan kepak ayam saya, membuatkan saya hilang selera”

Gabrielle turut memberikan rating dua bintang ketika memberikan review kepada syarikat perkhidmatan penghantaran makanan JustEast sebaik sahaja menerima pesanannya.Wanita Trauma Dapat Kepala Ayam Disalut Tepung Selepas Buat Pesanan Di Restoran Makanan Segera Terkenal - sajagempak.com

Restoran makanan segera tersebut mengeluarkan kenyataan bahawa mereka sedang menjalankan siasatan mengenai perkara tersebut.

“Kami anggap perkara ini serius dan akan mengambil langkah selanjutnya dengan pembekal serta melatih pekerja kami untuk mengelak perkara serupa berulang lagi,”

Selain itu, mereka juga turut menawarkan hidangan ayam goreng percuma kepada wanita tersebut sebagai pampasan.

Facebook Comments Box