Selepas Kutuk Nasi Lemak Sebagai Hidangan Terburuk Pernah Dimakan, Wartawan Akhirnya Akui Kesedapan Nasi Lemak Sebenar. Baru-baru ini, tular mengenai seorang Wartawan Wanita Yang mengatakan rasa nasi lemak sangat teruk dan memberi rating 0/10!
Nasi lemak yang dimakannya itu adalah nasi lemak yang disediakan dalam pesawat British Airways. Sudah pastinya tweet wanita berkenaan mendapat perhatian netizen-netizen Malaysia yang memang terkenal dengan sifat-sifat ‘membawang’.
KATA orang, tak kenal maka tak cinta! Begitulah yang dapat digambarkan mengenai kisah seorang wanita ‘mat salih’ yang akhirnya mengaku akan keenakan hidangan tempatan kegemaran ramai, nasi lemak.
Nama wartawan yang berkhidmat di sebuah agensi antarabangsa itu baru-baru ini menjadi tular setelah dia mengkritik hidangan nasi lemak yang dihidangkan dalam penerbangan British Airways.
Menurut Katie Morley, juadah yang dihidangkan dalam penerbangan 13 jam itu disifatkan sebagai makanan dalam pesawat yang paling teruk pernah dinikmatinya.
In the name of public interest, am sharing this wickedly bad meal British Airways treated me to during a 13hr flight. Behold: chicken curry served with anaemic boiled egg, topped with smelly, slimy anchovies. ANCHOVIES. I quite like plane food usually, and this was a 0/10 ?
Tweet wanita itu pantas menarik perhatian netizen negara ini sehingga dia teruk dikecam. Terbaharu, dia pada Isnin berkongsi mengenai pengalamannya menikmati versi sebenar nasi lemak yang sedap dan berbeza dengan versi dalam pesawat British Airways.
“Terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang mencadangkan saya patut cuba nasi lemak sebenar. “Kamu betul, ia sedap. Tak sama dengan hidangan dalam pesawat British Airways yang saya dapat,” tulisnya di Twitter.
Katie turut berkongsi dua foto yang digabungkan dalam satu kolaj menerusi laman sosial miliknya.
“Terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang mencadangkan saya patut cuba nasi lemak sebenar”
Dalam pada itu, rakyat Malaysia turut menghujani posting berkenaan dan memberi komen mengenai perkongsian tersebut.
“Jika kamu datang ke Melaka, Malaysia, saya akan sediakan nasi lemak asli untuk kamu.
Katie sebelum ini pernah menikmati nasi lemak dalam penerbangan British Airways yang disifatkannya sangat teruk.
“Kamu patut cuba makan nasi lemak sambal kerang. Sangat sedap.
“Lain kali kalau datang Malaysia… bagitahu kami. Kami akan belanja makan makanan tempatan yang lain,” tulis beberapa netizen.
Thank you to all the Malaysians to suggested I should try the real Nasi Lemak. You are right, it’s delicious! Nothing like that BA plane meal I had… pic.twitter.com/Joh1bssJqE
— Katie Morley (@KatieMorley_) January 20, 2020
Secara jujurnya, kalau tengok nasi lemak yang dimakannya dalam pesawat itu memang nampak langsung tidak menyelerakan, namun wanita ini kira bijak juga sebab masih nak mencuba nasi lemak ‘sebenar’ yang kena dengan selera dia.