Wartawan Kena Rompak Semasa Bersiaran Langsung Di TV

Seorang  wartawan dirompak oleh lelaki gelandangan ketika sedang bersiaran langsung di televisyen.sajagempak.com - Wartawan Kena Rompak Semasa Bersiaran Langsung Di TV

Ketika kejadian, Bruna Macedo, seorang wartawan CNN Brazil sedang membuat lintas langsung mengenai kenaikan paras air yang disebabkan oleh hujan lebat di Jambatan Bandeiras di Sao Paulo.

Macedo juga sedang berkomunikasi dengan penyampai berita, Rafael Colombo selama kira-kira dua minit sebelum seorang lelaki yang memakai baju dengan penutup kepala menghampirinya.

Rakaman kamera menunjukkan Macedo perasan kehadiran lelaki berkenaan dan cuba menyapanya.sajagempak.com - Wartawan Kena Rompak Semasa Bersiaran Langsung Di TV

Namun dalam masa yang amat pantas, lelaki berkenaan mengacukan pisau sambil meminta Macedo menyerahkan barang berharga.

Wartawan itu yang kelihatan terkejut, mengundur beberapa langkah ke belakang dan menyerahkan telefon bimbitnya.

Rakaman di lokasi itu berakhir apabila kamera kemudiannya dihalakan ke arah lain.

sajagempak.com - Wartawan Kena Rompak Semasa Bersiaran Langsung Di TV

Difahamkan lelaki itu berjaya melarikan diri dari tempat kejadian dengan dua buah telefon bimbit. Bagaimanapun tidak diketahui sama ada suspek telah ditangkap atau sebaliknya.

VIDEO:

 

Sumber: mStar

Facebook Comments Box