Salah satu masalah yang sering dihadapi oleh masyarakat zaman sekarang terutamanya yang berada di kawasan bandar adalah masalah kekurangan tempat parking.
Kadangkala jika ada tempat parking yang kelihatan kosong, tapi tiba-tiba sahaja ada kerusi, tong atau apa-apa benda yang diletakkan oleh pihak-pihak tertentu untuk ‘booking’ tempat tersebut meskipun ianya tempat parking awam. Perbuatan tidak bertanggungjawab seperti ini kadangkala boleh menimbulkan kemarahan orang lain.
Seperti yang berlaku dalam satu video yang tular baru-baru ini, dipercayai bengang atau marah melihat tempat parking kosong tetapi dijadikan tempat berniaga, seorang lelaki dan seorang wanita dilihat bergaduh antara satu sama lain.
Punca pergelutan mereka adalah dipercayai sebab rasa tidak berpuas hati selepas kena tegur sebab berniaga di parking lot.
Berdasarkan video berkenaan, seorang wanita yang keluar dari keretanya sebelum berlakunya ‘perang’ mulut dengan peniaga lelaki itu dan terdapat tiga individu sedang berbincang. Namun kemudian sebelum salah seorang daripada mereka bertindak agresif dengan menendang kotak hingga membuatkan keadaan menjadi tegang.
VIDEO:
Tidak dapat dipastikan dimana lokasi kejadian, tetapi video berkenaan dengan pantas menjadi tular dan menimbulkan pelbagai reaksi daripada orang ramai.
Antara komen-komen netizen..
Di ruangan komen, rata-rata netizen menyokong wanita tersebut kerana sememangnya perbuatan lelaki tersebut yang meniaga di tempat parking lot adalah salah.