Berang Dituduh Tidak Membayar Petrol, Lelaki Bertindak Membakar Kereta Dan Motosikal Di Stesen Minyak

BETONG: Berang dituduh tidak membayar petrol, seorang lelaki bertindak di luar kewarasan apabila membakar sebuah kereta dan dua motosikal di sebuah stesen minyak di Jalan Sie Meng Chan, di sini, hari ini.sajagempak.com - Berang Dituduh Tidak Membayar Petrol, Lelaki Bertindak Membakar Kereta Dan Motosikal Di Stesen Minyak

Sumber berkata, lelaki berusia lingkungan 30-an itu tiba-tiba mengamuk selepas pekerja stesen minyak itu menuduh dia tidak membayar petrol yang dibelinya.

Tidak puas hati dengan tuduhan itu, lelaki terbabit pergi ke bahagian bengkel di stesen minyak berkenaan lalu membakar sebuah kereta dan dua motosikal.

sajagempak.com - Berang Dituduh Tidak Membayar Petrol, Lelaki Bertindak Membakar Kereta Dan Motosikal Di Stesen Minyak

“Mujurlah kebakaran berjaya dipadamkan oleh pekerja stesen minyak itu menggunakan empat unit alat pemadam api sebelum ketibaan bomba di lokasi kejadian,” katanya.

Lelaki terbabit ditahan dan diserahkan kepada polis.

sajagempak.com - Berang Dituduh Tidak Membayar Petrol, Lelaki Bertindak Membakar Kereta Dan Motosikal Di Stesen Minyak

Sementara itu, jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 8.53 pagi.

sajagempak.com - Berang Dituduh Tidak Membayar Petrol, Lelaki Bertindak Membakar Kereta Dan Motosikal Di Stesen Minyak

Beliau berkata, tujuh anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong dikerah ke lokasi sejurus menerima panggilan itu.

sajagempak.com - Berang Dituduh Tidak Membayar Petrol, Lelaki Bertindak Membakar Kereta Dan Motosikal Di Stesen Minyak

“Setiba di lokasi kejadian, didapati kebakaran sudah berjaya dipadamkan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sumber: Berita Harian

Facebook Comments Box