Ibu bapa merupakan orang paling penting dalam kehidupan kita. Namun, jika suatu hari nanti mereka sudah tua, janganlah kita meninggalkan mereka dalam keadaan seorang diri apabila sudah berjaya dalam kerjaya masing-masing.
HaI ini dikongsikan oleh seorang pengguna TikT0k apabila memuat naik satu video seorang lelaki warga emas berusia lebih kurang 70 tahun meminta sedekah RM1 untuk membeli minuman.
Minta duit beli air.
Dalam video tersebut, lelaki warga emas itu turut menceritakan serba sedikit mengenai dirinya yang mempunyai 5 orang anak dan masing-masing sudah berkeluarga.
Dia juga sempat menasihati pemilik akaun TikT0k iaitu @boy2421_ tentang kehidupan berkeluarga apabila berumah tangga kelak.
Semoga Allah selalu dengan pakcik
Pakcik tersebut memaklumkan dia tidak mahu menggnggu anak-anaknya kerana masing-masing sudah berkeluarga. Di akhir video berkenaan, warga emas itu sedikit sebak apabila menceritakan tentang anaknya.
@boy2421_juga sengaja memuat naik video tersebut supaya mebuka mata anak-anak pakcik berkenaan dan berharap agar kehidupan lelaki itu terus dilindungi oleh Allah S.W.T.
“Minta tolong viraI.. biar buka mata sikit buat ank2 dia..walaupon dugaan pakcik mcm ni tpi kmi yakin allah sllu ada untuk pakcik..” tulisnya.
VIDEO:
Teringat dekat ayah sendiri
Orang tua ada ego tersendiri, anak2 kena tunjukkan kasih sayang mereka kepada mak ayah
Sedihnya, sampai hati biarkan ayah macam ni..
Airmata tak menipu, kesian pakcik ni
Peringatan buat kita semua, sentiasalah ambil tahu akan keadaan mak ayah kita, jangan biarkan diri mereka dalam keadaan tak terjaga dan tak terurus. Bila lagi masa kita nak membalas jasa mereka yang bersusah payah membesarkan kita selama ini.
Sumber: Oh My Media