Hilang Selama 30 Tahun, Keluarga Terkejut Menemui Semula Haiwan Peliharaan Mereka

Setiap orang yang mempunyai haiwan peliharaan mesti sedih jika haiwan peliharaan hilang dan tidak tahu apa yang jadi kepadanya. Begitulah juga yang dialami oleh sebuah keluarga di Rio de Janeiro, Brazil ini yang kehilangan kura-kura peliharaan mereka pada tahun 1982.Hilang Selama 30 Tahun, Keluarga Terkejut Menemui Semula Haiwan Peliharaan Mereka

Kura-kura peliharaan keluarga Almeida dipercayai hilang melalui pintu rumah mereka yang terbuka. Apabila menyedari kura-kura mereka hilang, mereka pun mencarinya di merata tempat namun selepas lama mencari, akhirnya mereka terpaksa menerima kenyataan kura-kura mereka hilang dan tak mungkin kembali lagi.

Namun selepas lebih 30 tahun kemudian, sesuatu yang luar biasa berlaku apabila kura-kura peliharaan mereka yang diberi nama Manuela yang hilang pada tahun 1982 tiba-tiba muncul semula pada tahun 2013!Hilang Selama 30 Tahun, Keluarga Terkejut Menemui Semula Haiwan Peliharaan Mereka

Pada tahun 2013, kura-kura itu ditemui semula di sebuah bilik kecil di dalam rumah itu dalam sebuah kotak yang tersembunyi.

Selepas bapa saudara mereka meninggal, anak-anak Almeida telah membersihkan bilik tersebut yang sebelum ini digunakan untuk menyimpan barang. Selain daripada beberapa barangan elektrik yang rosak dan bermacam-macam benda lain yang telah dikumpulkan oleh Almeida selama bertahun-tahun, anaknya juga telah menemui kura-kura yang diberi nama Manuela.Hilang Selama 30 Tahun, Keluarga Terkejut Menemui Semula Haiwan Peliharaan Mereka

Penemuan itu memang sangat mengejutkan buat mereka, namun pada masa yang sama tertanya-tanya macam mana kura-kura itu boleh hidup selama 30 tahun di situ.

Seorang doktor haiwan memaklumkan kura-kura tersebut berkemungkinan besar boleh bertahan lama kerana memakan anai-anai atau serangga kecil lain. Tambahnya lagi, kura-kura spesies itu biasanya boleh hidup sehingga mencecah 50 tahun.

Dikatakan seperti ular, kura-kura juga boleh bertahan dalam jangka masa yang lama tanpa memakan sebarang makanan.

 

Facebook Comments Box